GoBear is now part of Finder

Ulasan berkaitan wallet hardware cryptocurrency Trezor One

Simpan cryptocurrency anda dengan selamat di luar talian dengan menggunakan wallet hardware yang popular ini.

  • Bagus bagi sokongan pertukaran yang telah siap dipasang
  • Tidak begitu baik bagi sokongan duit syillingnya yang terhad
Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Trezor One merupakan sejenis wallet hardware cryptocurrency. Ia merupakan peranti yang memegang kata kunci peribadi luar talian cryptocurrency dengan selamat di dalam stor ‘sejuk’.

Anda boleh plug masuk Trezor apabila anda ingin membuat transaksi dan ia akan memberikan kunci-kunci untuk keluar daripada transaksi, dimana ia dilakukan dengan menekan butang-butang fizikal pada peranti.

Ia telah direka untuk melindungi cryptocurrency anda dengan memastikan kunci-kunci adalah sentiasa berada di luar talian dan dengan memerlukan interaksi fizikal untuk mengesahkan transaksi dan mengelakkan kecurian dari jauh.

Cryptocurrency yang disokong

Cryptocurrency yang disokong: BTC, ETH, BCH, USDT, LTC, XLM, BNB, DASH, ETC dan lebih daripada 700 yang lain.

Apakah yang ada di dalam kotak?

Trezor One anda akan disertakan dengan:

  • Peranti Trezor One
  • Kable USB (Jenis B)
  • Tali lanyard
  • 2 kad frasa asal pemulihan (24 patah perkataan)
  • Buku panduan
  • Sticker pelekat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan Trezor One

Anda perlu menyediakan Trezor One sebelum anda mendepositkan cryptocurrency ke dalamnya.

Untuk menyediakannya:

  1. Buka trezor.io/start pada laman web anda dan pilih Trezor One sebagai salah satu produk anda.
  2. Ikut arahan-arahan yang ditunjukkan dan pasangkan Trezor Bridge. Ia adalah serasi dengan Chrome dan Firefox.
  3. Plug peranti anda dengan komputer anda.
  4. Pasangkan firmware sistem dengan mengklik “Pasang firmware”.
  5. Buka plug dan pasangkan semula plug dengan peranti setelah selesai memasangnya, kemudian muat semula laman web untuk melihat mesej selamat datang.
  6. Klik “Buat baru” di halaman selamat datang.
  7. Klik “Buat backup di dalam tiga minit”.
  8. Tuliskan perkataan-perkataan berikut apabila diminta, tekan butang pada peranti untuk perkataan yang berikutnya. Perkataan itu mestilah betul dan mengikut urutan.
  9. Namakan peranti anda.
  10. Tetapkan PIN.

Images: Trezor

Go to TREZOR's website

Bagaimanakah cara menggunakan Trezor One

Bagaimanakah cara untuk membuat dan menerima pembayaran

Wallet hardware Trezor telah direka untuk digunakan dengan program komputer Trezor Wallet.

Setelah membuat persediaan, dimana peranti anda telah di plug, anda boleh memasukkan dana-dana ke dalam wallet anda:

  1. Pilih cryptocurrency yang berkaitan pada antara muka (interface) wallet.
  2. Klik pada tab “Terima”.
  3. Klik “Tunjukkan alamat lengkap” untuk menunjukkan alamat pada peranti anda. Pastikan ia sama seperti yang ditunjukkan di komputer anda.
  4. Salin alamat penerima dan mulakan transaksi mengirim dana-dana anda di mana-mana sahaja.

Untuk membuat pembayaran daripada wallet:

  1. Pilih cryptocurrency yang ingin di hantar.
  2. Masukkan alamat destinasi dan berapa banyakkah yang hendak di hantar.
  3. Sahkan butiran dan mulakan transaksi.

Sokongan pertukaran yang telah siap dipasang

Trezor One mempunyai sokongan pertukaran yang telah dipasang untuk Changelly dan ShapeShift.

Ini bermakna anda boleh memperdagangkan cryptocurrency secara langsung melalui Trezor dengan menggunakan laman web wallet.

Anda perlulah:

  1. Pergi ke laman web Trezor Wallet.
  2. Pilih cryptocurrency yang ingin dijual, lihat di sudut kiri atas.
  3. Pilih akaun anda yang mempunyai dana, kemudian duit syiling yang ingin di beli.
  4. Pilih akaun yang mana anda hendak memasukkan dana-dana.
  5. Sahkan butiran-butiran transaksi.
  6. Klik “Teruskan pertukaran” dan sahkan langkah pada peranti Trezor anda.
  7. Pilih satu pertukaran (Changelly atau ShapeShift) dan masukkan butiran-butiran yang selebihnya, kemudian sahkan transaksi. Anda juga akan diminta untuk mengesahkan pertukaran pada wallet hardware Trezor anda sebelum perdagangan selesai.

Di manakah boleh membeli Trezor One di Malaysia

Anda boleh membeli Trezor One di kedai Trezor di atas talian atau melalui penjual semula yang diluluskan.

Sebelum membelinya melalui penjual semula yang sah, pastikan anda menyemak semula bahawa penjual semula itu ada di dalam senarai yang berdaftar yang dikendalikan oleh Trezor.

Jangan sekali-kali membeli Trezor daripada sesiapa sahaja kecuali penjual semula yang sah seperti yang telah disahkan oleh Trezor itu sendiri dan jangan beli wallet hardware yang terpakai atau yang diturunkan.

Harga

Bermula daripada €49.

Go to TREZOR's website

Seberapa selamatkah Trezor One?

Amaran: Sekiranya seseorang mempunyai akses fizikal ke dalam wallet hardware Trezor anda, mereka mungkin dapat mengakses kunci-kunci peribadi anda, walaupun tanpa pengetahuan khusus atau peralatan mahal. Untuk melindungi Trezor anda daripada serangan fizikal, anda perlulah memilih frasa laluan yang kuat.

Sekiranya anda mahukan wallet hardware yang mempunyai lebih banyak keselamatan daripada serangan-serangan fizikal, anda mungkin ingin membandingkan pilihan-pilihan lain.

Walaupun mempunyai risiko serangan fizikal, Trezor masih menawarkan tahap keselamatan yang tinggi kerana menjadi wallet hardware.

    • Wallet hardware: Wallet jenis ini memastikan dana-dana anda disimpan di luar talian.
    • Perlindungan PIN: Untuk mengakses peranti, anda perlu memasukkan PIN.
    • Frasa back-up: Sekiranya kehilangan atau kecurian peranti anda, anda boleh menggunakan frasa asal untuk memulihkan wallet anda pada peranti baru.
    • Sumber terbuka: Reka bentuk dan firmware Trezor adalah sumber terbuka dan telah banyak melalui penelitian.

Apakah yang perlu saya ketahui lagi mengenai Trezor One?

Trezor adalah salah satu pengeluar wallet hardware pertama dalam dunia cryptocurrency, ia muncul pada awal tahun 2014 ketika bitcoin baru mula dilancarkan untuk pertama kalinya.

Sejak dari itu, ia telah menjadi tokoh terkemuka di dalam dunia cryptocurrency.

Secara ringkasannya

Kebaikan

  • Skrin yang jelas: Trezor One boleh dibezakan dengan skrinnya yang besar dan jelas.
  • Keselamatan yang telah terbukti: Trezor One dianggap sebagai salah satu wallet hardware yang paling banyak dicuba dan diuji di dunia.
  • Integrasi pada sokongan pertukaran: Anda dapat memulakan perdagangan-perdagangan dengan lancar melalui Trezor anda.

Keburukan

  • Harga: Pada Free download, Trezor One adalah lebih mahal daripada wallet lain yang sezaman, malahan lebih mahal daripada beberapa yang lebih baru juga.
  • Sokongan terhad duit syiling: Trezor One tidak menyokong kebanyakkan syiling seperti Trezor Model T yang lebih baharu atau wallet hardware lain.
Go to TREZOR's website

Membandingkan Trezor One dengan wallet cryptocurrency yang lain

Name Product Wallet Type Supported Cryptocurrencies Price (USD)
Wallet Ledger Nano X
Wallet hardware (perkakasan)
BTC, ETH, XRP, BCH, ADA, LTC, BNB, EOS, XTZ, XLM & 1,350+ more
$119
Lejar Nano X dilengkapi dengan fungsi tambahan bluetooth, lebih banyak memori dan skrin yang lebih berkualiti daripada saudaranya, Nano S.
Wallet Trezor Model T
Wallet hardware (perkakasan)
BTC, ETH, XRP, USDT, BCH, LTC, EOS, XTZ, LINK, XLM & 1380+ more
$221
Generasi seterusnya bagi wallet hardware daripada TREZOR, iaitu Model T mempunyai ciri-ciri baharu termasuklah skrin sentuh dan pemprosesan yang lebih baik.
Wallet Ledger Nano S
Wallet hardware (perkakasan)
BTC, XRP, ETH, BCH, EOS, XLM, LTC, TRX, ADA, MIOTA & 1,330+ more
$59
Menyimpan beberapa cryptocurrency yang terkemuka di dunia dengan selamat di dalam wallet hardware Lejar Nano S
loading

Compare up to 4 providers

Soalan-soalan lazim

Name Product Stainless steel grade Production Price
Peranti Backup Crytocurrency Cryptosteel
Peranti Backup Crytocurrency Cryptosteel
304
Buatan tangan
US$79-US$199
Pilih 4 cara-cara untuk membackup crypto anda dengan keluli berkualiti tinggi. Simpan privasi kunci data anda, katakunci pemulihan atau kedua-duanya sekali.
Peranti Backup Crytocurrency CRYPTOTAG
Peranti Backup Crytocurrency CRYPTOTAG
Titanium
Buatan tangan
EUR€169
Solusi backup premium yang direka untuk mengekalkan keselamatan cryptocurrency anda.
loading

Compare up to 4 providers

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

Ask an expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder only provides general advice and factual information, so consider your own circumstances, or seek advice before you decide to act on our content. By submitting a question, you're accepting our Terms and Privacy Policy.
Go to site