GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Crypto Finder™

Panduan ini akan menerangkan bagaimanakah cryptocurrency berfungsi, bagaimanakah cara untuk menggunakan crypto dan mengapakah ia sangat penting.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Bitcoin, namun cryptocurrency adalah lebih banyak daripada yang anda tahu. Panduan kami membuatkan pembelajaran mengenai cryptocurrency jauh lebih mudah – anda boleh membeli, berdagang dan menyimpan cryptocurrency anda dalam jangka masa yang sama untuk anda membuat akaun bank baru.

Jom mulakan dengan panduan A-Z cryptocurrencies kami untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi, atau terus ke panduan pelaburan kami untuk menjalankan jual beli yang anda suka. Selain itu, jangan lupa untuk melihat panduan penggunaan wallet untuk mempelajari cara penyimpanan wang crypto anda dengan selamat.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Mengapakah cryptocurrency merupakan satu tarikan besar?

Cryptocurrency bukan hanya teknologi masa depan. Kini, Crypto telah pun digunakan dan banyak lagi perkara yang mustahil telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu

Bayangkan pengiriman wang Malaysia ke Eropah, ditukarkan secara automatik kepada euro dan terus dimasukkan ke dalam akaun pilihan anda. Sekarang, bayangkan anda boleh melakukannya dengan kadar segera dan tanpa nama (anonymous), pada kadar pertukaran yang kompetitif, dengan hanya membayar beberapa ringgit atau kurang kadar caj.

Itu bukanlah satu contoh hipotesis. Hakikatnya, inilah sesuatu yang anda boleh lakukan pada hari ini juga sekiranya anda mahukannya, namun, ini hanyalah satu titik air daripada seluas air dilautan.

Kebanyakan cryptocurrency dibina untuk matlamat tertentu dengan tujuan khusus agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik berbanding yang lain. Oleh itu, ini menjadikan mereka sebagai pesaing didalam industri yang sedia ada.


Apakah yang diperlukan untuk memulakanna?

Melibatkan diri di dalam dunia cryptocurrency lebih mudah daripada yang difikirkan. Ia hanya melibatkan tiga langkah mudah.

Altcoins

Pilih cryptocurrency

Bitcoin dan Ethereum hanyalah satu titik permulaan. Terdapat lebih daripada seribu cryptocurrency yang wujud, dan semuanya berbeza-beza. Kebanyakkanya bermula dengan Bitcoin atau Ethereum, dan kemudiannya mengasingkannya ke portfolio yang lebih pelbagai supaya menjadi lebih selamat sekiranya harga koin jatuh.

Lihat halaman duit koin kami untuk panduan mengenai beberapa cryptocurrency yang paling banyak diperdagangkan di pasaran hari ini.

Cryptocurrency wallet

Dapatkan wallet

Di mana anda menyimpan wang crypto? Sudah tentu di dalam wallet crypto.

Sebilangan besar wallet ini adalah dalam bentuk program-program komputer yang boleh dimuat turun dengan cepat ke dalam telefon atau PC anda, walaupun begitu, peranti fizikal yang disebut hardware wallet disyorkan untuk penyimpanan jangka panjang.

Namun, tidak semua wallet dapat menyimpan semua duit koin. Sebelum membeli, periksa sama ada wallet anda dapat menyimpan cryptocurrency yang dipilih atau adakah anda boleh meletakkan duit koin di dalam simpanan pelaburan di tempat anda membelinya.

Kami telah menyenaraikan beberapa wallet yang sesuai bagi setiap mata wang di halaman duit koin kami. Atau, di bawah ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara yang terbaik untuk memilih mengikut keperluan anda.

Cryptocurrency exchange

Membeli daripada pelabuara

Langkah ketiga ialah membeli cryptocurrency. Pembelian pertama biasanya melibatkan pertukaran mata wang fiat (seperti USD, EUR atau MYR) ke cryptocurrency pilihan anda.

Selepas itu, anda mungkin akan merasa lebih mudah untuk menukar cryptocurrency kepada yang lain.

Pembelian pertama biasanya melibatkan:


Apakah maksud cryptocurrency yang sebenar?

Cryptocurrency adalah token digital yang mempunyai nilai, sepertimana nota RM10 adalah token fizikal yang bernilai RM10.

Antara masalah dengan mata wang digital adalah ia merupakan mata wang elektronik semata-mata. Dimana ia juga seperti gambar di Internet yang dapat disalin dan ditiru berulang-ulang kali sehingga gambar original menjadi tidak berharga, perkara yang sama boleh berlaku dengan duit koin.

Bagi memastikan cryptocurrency mempunyai nilai, duit koin mestilah unik dan tidak dapat diciplak.

Perkara ini tidak mustahil dengan penemuan teknologi blockchain.

Apakah blockchain?

Blockchain hanyalah lejar yang mengandungi keseluruhan sejarah cryptocurrency tertentu. Ia boleh mengesan semua pergerakan dan susur galur mata wang, jadi adalah mustahil untuk diciplak.

Untuk mengelakkan gangguan, kebanyakan blockchain merupakan sumber terbuka dan berpusat.

  • Sumber terbuka – Pengaturcaraan dibuat untuk tatapan umum, oleh itu, mereka dapat melihat dengan tepat bagaimanakah ia berfungsi. Ini dapat mengelakkan ia gangguan dari dalam.
  • Berpusat – Rantaian blok dikendalikan oleh ramai orang di seluruh dunia. Dengan blockchain awam seperti Bitcoin, sesiapa sahaja boleh mula menggunakan “node” pada blockchain pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Ini menghalang sesiapa sahaja untuk mengambil alih rangkaian dan mencegah gangguan dari luar pula.

Perkatan Blockchain merujuk kepada cara tertentu untuk mengumpulkan data di dalam lejar.

BlokBlockchain

Setiap blok adalah seperti bekas penyimpanan bagi transaksi. Transaksi pada blockchain adalah koleksi-koleksi data, yang biasanya menyimpan alamat wallet pengirim dan penerima koin, dan jumlah untuk dikirimkan.

Semasa transaksi, maklumat ini dimasukkan ke dalam blok. Setelah transaksi dimasukkan ke blok, transaksi tidak dapat diedit dan tidak dapat dibuang. Ini memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan blockchain.

Apabila blok sudah boleh digunakan, blok tersebut akan dimasukkan ke dalam blockchain. Ini adalah seperti bagaimana bungkusan dihantar.

Rantaian

Setiap blok dijalinkan secara digital seperti pautan dalam rantai. Ia diikat dengan blok terdahulu dan akan dating kemudian, untuk mencipta sejarah yang tidak dapat diputus dan tidak boleh diubah dalam setiap transaksi yang dijalankan di dalam sejarah cryptocurrency. Setiap blok mempunyai nombor, dan siapa sahaja dapat mencari semula dan melihat transaksi yang pernah dilakukan di setiap blok.

Sehingga Disember 2017, terdapat kira-kira 500,000 blok dalam sejarah Bitcoin. Anda boleh melihat blok yang terkini di sini, termasuklah berapakah jumlah Bitcoin yang dibawa oleh blok tersebut.

Sebilangan besar blockchain hanyalah satu rantaian yang tidak akan putus. Manakala yang lain pula adalah lebih rumit dan mungkin mempunyai rantaian lain di samping rantai blok utama atau mungkin memasang blok-blok di dalam struktur seperti web yang mana ia bukanlah rantai tunggal.

Tidak semua blockchain mempunyai fungsi yang sama, dan tidak semua cryptocurrency menggunakan blockchain. Namun prinsip asas dan cara implikasinya tetap sama.

Untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai blockchain, lihat panduan kami di sini.


Dimana boleh menjual, membeli dan menukar cryptocurrency

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Cryptocurrency, PayPal, Wire transfer, SEPA, Kredit atau Debit kad
USD, EUR, GBP, RUB, CNY, AUD, KRW, JPY, TRY, VND & 40+ more

492
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Daftar dan gunakan kod 1xf56 untuk mendapatkan faedah-faedah VIP selama sebulan. Deposit/hantarkan lebih daripada 0.1BTC ke KuCoin dalam masa 7 hari pendaftaran untuk mendapatkan faedah-faedah bagi VIP 2. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Aplikasi Crypto.com
Aplikasi Crypto.com
Cryptocurrency, SEPA, Kredit kad, Wayar Bank
USD, AUD, CAD, CHF, EUR, GBP, NZD, SGD, JPY, ZAR & 9+ more

213
cryptocurrencies

Beli lebih daripada 200+ cryptocurrency, anda boleh dapatkan hampir 14.5% daripada pegangan-pegangan anda, bayar dengan crypto untuk dapatkan cashback di kedai-kedai, dapatkan loan-loan dan banyak lagi dengan menggunakan platform kewangan crypto ini.
Changelly Crypto-to-Crypto Exchange
Credit card, Cryptocurrency
USD, GBP, EUR, CAD, MXN, HKD, RUB, NZD, SGD, JPY & 40+ more

156
cryptocurrencies

Access competitive crypto-to-crypto exchange rates for 150+ cryptocurrencies on this global exchange.
Pertukaran cryptocurrency FTX
Pertukaran cryptocurrency FTX
Silvergate Exchange Network (SEN), Signature SIGNET, Kredit kad, Wayar Bank
USD,EUR,GBP,AUD,HKD,SGD,TRY,ZAR,CAD,CHF,BRL

240
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk mendapatkan diskaun 5% didalam kesemua yuran-yuran perdagangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
FTX merupakan pertukaran yang dibina oleh pedagang untuk pedagang-pedagang, yang mempunyai pelbagai terbitan dalam pasaran-pasara seperti pilihan-pilihan dan masa depan dengan manfaatnya yang mendalam, ditambah pula dengan piawaian dalam pasaran-pasaran setempat. Nota: Tidak ada untuk pelanggan-pelangan AS.
Pertukaran cryptocurrency Gate.io
Cryptocurrency
USD, EUR, GBP, HKD, SGD, AUD, CHF, MXN

941
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Pengguna-pengguna baru akan menerima mata asas daripada Gate.IO yang bernilai $90 dan $5 airdrop dalam GateTokens sekiranya jumlah dagangan melebihi $100 dalam minggu pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Satu pertukaran yang kaya dengan ciri-ciri dengan lebih daripada 700 token-token termasuk terbitan-terbitannya, hasil tanaman dan produk-produk pinjaman.
Bittrex Global
Bittrex Global
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pemindahan bank, Cryptocurrency, iDEAL, PayPal, POLi, SEPA, Faster Payments (FPS)
USD, CNY, EUR, ARS, AUD, BGN, BRL, CAD, CHF, COP & 20+ more

292
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan US$10 dalam BTC apabila anda memperkenalkan kepada rakan anda dan mereka membeli $100 cryptocurrency. Tertakluk dengan terma dan syarat.
Senarai lebih daripada 100 cryptocurrency, OKEx menawarkan pengguna-pengguna variasi cara-cara pembayaran dan duit-duit koin yang boleh dipilih.
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Alipay, Bank transfer, Cash, Neteller, PayPal, Qiwi, SWIFT, WeChat, Western Union, UPI, IMPS, Paytm, Faster Payments (FPS), PayNow, Swish, Payme
AUD, CAD, CNH, CHF, EUR, GBP, HKD, NZD, SGD, USD

110
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk menikmati sehingga 50 USDT. Keahlian baharu juga akan mendapat 110 USDT sebagai welcome bonus. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Membuat transaksi-transaksi yang pantas termasuklah perdagangan spot, masa hadapan dan P2P dengan pertukaran cryptocurrency ini.
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Payoneer, Kredit atau Debit kad, Wang Tunai
DZD, XCD, ARS, AMD, AWG, AUD, AZN, BSD, BHD, BDT & 140+ more

3
cryptocurrencies

Hubungkan para pembeli dan para penjual bitcoin melalui pasaran kenalan (peer-to-peer) yang menerima tunai, kredit dan lebih daripada 300 jenis pembayaran yang lain.
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Neteller, Skrill, Apple Pay, Kredit kad
EUR, GBP, USD, AUD, CAD, PHP, SGD, CHF, HKD, JPY & 30+ more

32
cryptocurrencies

Beli Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency yang popular dengan menggunakan kad kredit atau kad debit di dalam penukaran crptocurrency digital ini.
loading

Compare up to 4 providers

Perlombongan cryptocurrency

Blockchain dikendalikan dengan tenaga pengkomputeran, untuk mengesahkan transaksi dan menambahkan lebih banyak blok-blok ke dalam rantai tersebut. Inilah yang disebut sebagai perlombongan.

Pelombong menggunakan tenaga pengkomputeran untuk mengemasini transaksi menjadi blok-blok, menghubungkannya ke dalam rantaian blok (blockchain) dan meningkatkan keselamatan rangkaian daripada gangguan luar.

Mata wang kripto yang berbeza boleh mempunyai system-sistem perlombongan yang berbeza. Berikut merupakan dua sistem yang paling popular:

  • Bukti kerja. Ini melibatkan pelombong-pelombong perlu menyelesaikan teka-teki kriptografi untuk menentukan sifat blok yang akan masuk. Sekiranya jawapan betul, ini membuktikan bahawa mereka telah menemui blok yang betul dan dapat menambahkannya ke rantai dengan selamat. Ini adalah sistem perlombongan yang agak mudah dan selamat, namun ia adalah sangat tidak cekap. Pelombong bersaing di antara satu sama lain untuk menyelesaikan teka-teki, sehingga sering kali menggunakan sejumlah besar tenaga dan kekuatan pengkomputeran. Ini adalah jenis sistem yang digunakan oleh Bitcoin.
  • Bukti taruhan. Jenis perlombongan ini melibatkan pemilik koin untuk memegang wallet khas yang mempunyai koin di atas talian. Duit koin di wallet mereka ini kemudian akan bersambung dengan rangkaian dan melombong blok baru secara automatik. Ini adalah kaedah melombong duit koin yang agak cekap. Namun, kelemahan utama adalah ia agak rumit dan boleh mendorong penimbunan koin yang pelek. Ethereum akan ditukarkan daripada bukti kerja kepada bukti kepentingan.

Cryptocurrency selalunya menawarkan beberapa jenis ganjaran kepada pelombong untuk mendorong mereka mendedikasikan tenaga pengkomputeran untuk blockchain. Ganjaran ini kebiasaannya merupakan duit koin-koin yang baru dicipta daripada jenis yang baru dilombong atau caj transaksi yang dibayar oleh mereka yang memasukkan urusniaga ke dalam blok yang baru dilombong.

Beberapa duit koin akan menggunakan bukti kerja atau bukti taruhan, manakala yang lain mungkin akan ditukar di antara mereka atau variasi diantara kedua-duanya.

Semasa anda membuat kajian berkaitan duit koin, anda harus mengambil perhatian terhadap sistem perlombongan. Ini kerana ia boleh mempengaruhi harga koin secara langsung. Sebagai contoh, ganjaran perlombongan yang lebih tinggi bermakna lebih banyak inflasi dan penurunan nilai koin. Atau, berita mengenai penukaran bukti taruhan akan datang mendorong peningkatan harga kerana mereka mula membeli koin untuk dilombong setelah ditukarkan.

Panduan terperinci bagaimana perlombongan Bitcoin dijalankan.

Bitcoin currency


Antara cryptocurrency altcoin yang popular

Kebanyakan cryptocurrency hanya ingin untuk meniru kejayaan Bitcoin, manakala banyak lagi yang menggunakan cara tersendiri dengan membuat duit koin yang berbeza. Secara tradisinya, semua cryptocurrency selain Bitcoin dikenali sebagai “altcoin”, namun pada hari ini Bitcoin merupakan satu cryptocurrency di antara ribuan yang lain.

Yang berikut merupakan beberapa cryptocurrency popular yang mudah untuk membantu anda memahami dengan lebih lagi apa yang ada di luar sana.

  • Ether (ETH) atau Ethereum. Ethereum dicipta khusus untuk memanfaatkan potensi teknologi blockchain dengan memperkenalkan “kontrak pintar.” Ini memungkinkan untuk automasi tugas komputer yang sangat mudah dan boleh dipercayai 100% tanpa memerlukan pihak ketiga.
  • Ripple (XRP). Ripple dicipta oleh syarikat persendirian dengan tujuan khusus untuk membantu fasilitasi pemindahan wang antarabangsa. Ia membolehkan pergerakan dana yang sangat cepat dan murah ke seluruh dunia melalui cryptocurrency XRP. Walaupun ia merupakan antara cryptocurrency tertua yang masih wujud, sebilangan besar masalah undang-undang dan kegagalan untuk menarik perhatian dalam kalangan bank sehingga kini menimbulkan keraguan untuk masa depannya.
  • Dogecoin (DOGE). Duit koin ini adalah berdasarkan meme dan diciptakan sebagai bahan jenaka. Ini berfungsi untuk memberi maklumat kepada mereka di Internet dan tidak pernah dipandang serius. Walaupun begitu, nilainya masih meningkat dan telah membina kapitalisasi pasaran lebih dari satu bilion dolar.
  • Monero (XMR). Monero dirancang untuk menjadi cryptocurrency yang paling selamat, lebih peribadi dan tidak dapat dilacak yang membolehkan sesiapa sahaja membuat pembayaran yang tidak dapat dikesan dan tanpa nama sepertimana yang diinginkan.

Ini hanyalah permulaannya. Lihat senarai dan baca ulasan 100+ cryptocurrency teratas di sini.


Dimanakah boleh saya gunakan cryptocurrency?

Terdapat beberapa cara untuk menggunakan cryptocurrency.

  • Untuk sesuatu tujuan yang diinginkan

Sekiranya tiada sebab yang lain, anda boleh menggunakan cryptocurrency sepertimana yang diharapkan. Bagi Bitcoin, mungkin ia hanya untuk disimpan atau digunakan untuk membeli cryptocurrency lain.

Bagi Ethereum, ini mungkin untuk mendorong kontrak pintar, yang hanya menelan sejumlah kecil Ether sebagai caj bayaran transaksi.

Bagi 1,000+ jumalh cryptocurrency lain yang wujud, ia mungkin boleh digunakan untuk apa-apa sahaja.

  • Beli produk atau perkhidmatan

Adakah anda membayar dengan wang tunai, kredit atau cryptocurrency?

Kebanyakan traders pada hari ini menerima cryptocurrency yang popular sebagai pembayaran, terutamanya jika anda membayar dengan mata wang popular seperti Bitcoin.

Traders ini mungkin hanya menjalankan perdagangan kecil seperti mereka yang menjual perabot terpakai di dalam perniagaan tempatan atau mungkin perdagangan sebesar Microsoft. Di dalam kedai yang menerima cryptocurrency, anda sering melihat kod QR dicetak dan disematkan di sebelah kaunter tunai. Ia boleh diimbas untuk membuat pembayaran crypto.

  • Pemindahan wang dan pemberian cryptocurrency

Pemindahan cryptocurrency adalah cepat dan mudah sehingga beberapa koin (misalnya, Dogecoin) telah membina platform tip untuk mereka sendiri. Dengan hanya menekan satu butang, pengguna boleh memberi duit koin antara satu sama lain sebagai hiburan atau memberi maklumat di Reddit, Twitter dan media sosial yang lain.

Ini bukanlah satu perkara besar, namun teknologi blockchain membolehkan mereka mengirim wang sekecil 5 sen atau 10 sen kepada mereka di seberang dunia yang merupakan pertama kali dalam sejarah. Sebelum ini, pemindahan seperti ini akan ditelan oleh kos transaksi antarabangsa.

Altcoins


Apakah yang perlu diperhatikan

Cryptocurrency bukanlah tidak bahaya jadi anda perlu berhati-hati semasa mengendalikan mata wang digital anda.

Membuat kajian

Sebelum mendalami cryptocurrency, buat kajian dahulu. Tidak akan ada walau satu pun panduan yang dapat merangkumi ke semua perkara yang anda perlu ketahui berkaitan cryptocurrency dan akan pasti akan menemui dua hujah yang bertentangan. Selain itu, anda juga perlu memahami bagaimanakah pelaburan pertukaran dan wallet berfungsi.

Sebelum membuat keputusan, pastikan anda telah mengetahui segalanya yang berkaitan. Baca lebih panduan, dan cari ulasan -ulasan dan mulakan dengan jumlah wang yang kecil untuk menguji dahulu sebelum membuat pembelian yang lebih besar.

Kekal selamat

Sememangnya tidak ada jaringan keselamatan apabila menceburi cryptocurrency. Kebanyakkannya masih belum dikawal selia dan kebiasaannya anda tidak dapat mendapatkan dana semula sekiranya cryptocurrency dicuri.

Tanggungjawab yang besar perlu dipikul apabila bebas berurusan melangkaui bank-bank dan wang luar daripada kerajaan. Ini adalah beberapa tip:

  • Sebelum menghantar cryptocoin kepada seseorang, atau hendak memindahkannya ke wallet anda sendiri, sentiasa memeriksa semula alamat tujuan dan pastikan anda memasukkannya dengan betul.
  • Walau dalam apa keadaan sekali pun, jangan memberikan kata kunci peribadi anda atau frasa keselamatan (kod pemulihan wallet) atau menyimpannya di dalam laman-laman web atau aplikasi apa pun, kecuali wallet ketika pertama kali membuatnya atau ketika ingin mendapatkan semula. Tiada sebarang sebab yang kukuh atau alasan yang boleh diterima untuk meminta kunci peribadi atau frasa pilihan anda – diberikan kepada sesiapa pun atau menyimpannya di dalam aplikasi – selain daripada wallet peribadi.
  • Sentiasa memastikan komputer di mana wallet anda disimpan adalah selamat dan tiada virus dan malware.
  • Jangan sekali-kali kehilangan kata laluan wallet anda. Anda mungkin tidak akan dapat mengembalikannya dan setiap cryptocoin yang anda miliki akan hilang.

Nilai yang tidak dapat diramal

Bitcoin dan cryptocurrency secara amnya sering mengalami penurunan nilai secara tiba-tiba. Apabila membeli cryptocoin, sentiasa ingat bahawa nilai pegangan anda boleh jatuh.

Sudah tentu ini akan menguntungkan anda sekiranya perkara sebaliknya yang berlaku. Sentiasa ingat bahawa pasaran cryptocurrency adalah sangat tidak stabil dan prestasi masa lalu tidak dapat menunjukkan prestasi masa depan.

Glosari Cryptocurrency

Difinisi

A hingga H

Alamat Bitcoin. Juga disebut sebagai kunci, dengan sebaris karakter huruf alfanumerik yang digunakan untuk menerima Bitcoin. Walaupun alamat-alamat awam biasanya bermula dengan 1 atau 3, bagi alamat peribadi – atau alamat yang tidak dapat dilihat oleh semua pengguna – biasanya ia bermula dengan 5 atau 6.

Bitcoin. Cryptocurrency digital yang menggunakan teknologi kenalan atau ‘peer-to-peer’ (P2P), untuk pembayaran segera. Bitcoin dicipta oleh pengaturcara yang tidak dikenali, atau sekumpulan pengaturcara, dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.

blockchain. Lejar digital awam di mana kesemua sejarah cryptocurrency direkodkan secara kronologi.

bukti kerja. Hash – atau teka-teki komputasi untuk membuka mata wang kripto – yang sangat sukar, ia hanya dapat diselesaikan melalui kerja atau tenaga yang besar.

bukti taruhan. Sistem yang menggantikan konsep “melombong” cryptocurrency dengan algoritma konsensus, di mana pelombong meletakkan taruhan mata wang mereka untuk mengesahkan blok transaksi.

cryptocurrency. Mata wang digital dimana teknik enkripsi digunakan untuk mengatur penggunaannya dan menghasilkan pelepasannya. Tidak seperti mata wang fiat – seperti dolar AS, euro, yen dan ringgit – cryptocurrency tidak dikawal selia atau dibawah jagaan mana-mana kerajaan atau agensi.

ganjaran blok. Jumlah cryptocurrency yang dilombong setelah “pelombong” berjaya menyelesaikan hash.

hash. Teka-teki komputasi yang mesti diselesaikan oleh ” pelombong ” cryptocurrency untuk menambahkan blok seterusnya pada blockchain.

I hingga O

node. Komputer yang disambungkan dengan rangkaian Bitcoin.

P hingga Z

Pelaburan Bitcoin. Laman web atau platform dalam talian yang membolehkan pengguna membeli dan menjual Bitcoin untuk mata wang lain.

perlombongan. Proses di mana cryptocurrency dilancarkan ke dunia. “Pelombong” akan melengkapkan teka-teki komputasi untuk dihadiahkan dengan blok mata wang di sepanjang blockchain awam.

wallet digital. Selalunya dipanggil e-wallet, sistem elektronik atau aplikasi yang menyimpan maklumat peribadi, butiran pembayaran dan kata laluan yang mana pengguna dapat membuat pembayaran digital dalam talian atau di kedai runcit yang menerimanya.


Sejarah ringkas cryptocurrency

Permulaan cryptocurrency bermula pada tahun 1980-an. Dalam usaha melindungi wang tunai dari kedai-kedai kecil dan stesen-stesen minyak, bank-bank mula mengkaji dan mendorong idea bagi titik penjualan, di mana pelanggan dapat menggunakan kad kredit dan bukannya tunai untuk membayar produk.

Kemudian, pada tahun 90-an, muncul sistem pembayaran berasaskan web yang masih digunakan hingga kini: PayPal. Ini memberikan peniaga kekuatan untuk menerima pembayaran kad kredit secara dalam talian dan memperkenalkan idea untuk memindahkan mata wang fiat secara langsung antara pengguna akhir sepenuhnya di dalam talian. PayPal membuktikan bahawa web adalah media yang layak untuk memindahkan mata wang, perkhidmatan setara telah dicipta, seperti WebMoney (alternatif PayPal di Rusia) dan e-Gold, sebuah syarikat Amerika yang membenarkan pengguna membeli emas secara dalam talian – emas yang kemudiannya disimpan oleh mereka.

Pada tahun 2000-an, setelah FBI menutup e-Gold, cryptocurrency mula muncul dalam komuniti kriptografi dan senarai surat. Dikenali sebagai Cypherpunks, mereka seperti Julian Assange, pengasas WikiLeaks, dan Jacob Appelbaum, pemaju Tor, adalah ahli-ahlinya.

Malangnya, tidak ada cryptocurrency yang dapat mengumpulkan momentum yang diperlukan untuk mendorong mereka memasuki ke dalam kesedaran orang ramai sehingga, pada tahun 2008, Satoshi Nakamoto menerbitkan sebuah kajian yang bertajuk “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System” (Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik bagi kenalan).

Pada tahun-tahun yang akan datang, Bitcoin berkembang menjadi bukan hanya cryptocurrency nombor satu yang terdapat di dalam pasaran, namun juga membina nama di antara mereka yang tidak berminat dengan cryptocurrency.

Bitcoin akhirnya menghasilkan ratusan cryptocurrency, yang dikenali secara kolektif sebagai altcoin. Sebilangan altcoin ini lebih sedikit daripada salinan Bitcoin, tetapi yang lain cuba melakukan sesuatu dengan teknologi blockchain yang lebih dalam yang bukan sahaja mengganggu sektor kewangan, tetapi juga pemahaman kita tentang aplikasi dan perkhidmatan laman web, semuanya adalah usaha untuk menyelesaikan masalah berpusat yang wujud hari ini.


Masalah dengan pemusatan

Dalam pembacaan mana-mana literatur yang berkaitan dengan Bitcoin dan cryptocurrency, anda akan menemui konsep desentralisasi. Untuk memahami desentralisasi, pertama anda perlu memahami pemusatan.

Sekiranya kita melihat dengan dekat lagi dunia yang kita huni pada hari ini, segala maklumat dan data tentang siapa kita, apa yang kita lakukan dan apa yang kita suka, kita akan menyedari bahawa maklumat kita dipegang oleh beberapa organisasi besar: syarikat swasta dan awam dan kerajaan. Set data yang mewakili anda (rekod kewangan, e-mel, mesej Facebook dan ‘likes’ dll) disimpan pada pelayan yang ada di lokasi pusat. Contohnya, rekod kewangan anda, setiap transaksi yang pernah anda lakukan, baki semasa dan semua pinjaman anda, ada di pelayan bank anda. Bank anda mungkin mempunyai beberapa pelayan untuk tujuan sandaran (backup) dan audit, tetapi semuanya masih ada di dalam satu lokasi: iaitu bank anda.

Sekiranya, perisik – penggodam berniat jahat – menyerang pelayan bank anda dan menggodam akaun anda dan meninggalkan baki kepada RM0. Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa anda tidak ada mengeluarkan semua wang anda? Bagaimana bank dapat mengesahkan tuntutan anda bahawa anda telah digodam?

Cypherpunks adalah komuniti dari mana cryptocurrency pertama kalinya muncul, memahami scenario ini dan berusaha untuk memperbaikinya. Cryptocurrency dikatakan sebagai sistem desentralisasi kerana setiap pengguna cryptocurrency menyimpan salinan sejarah transaksi semua orang. Anda akan menerima keseluruhan sejarah cryptocurrency itu, pada masa anda menyertai blockchain, termasuk juga semua transaksi yang pernah dibuat. Sekiranya pengguna tidak bersetuju dengan transaksi (katakanlah cracker mengubah nilai wallet mereka dari 1 BTC menjadi 1,000 BTC), kata sepakat perlu dicapai oleh sekurang-kurangnya 51% pengguna cryptocurrency tersebut. 51% itu kemudiannya akan memutuskan berapakah jumlah sepatutnya.

Konsensus automatik ini adalah kelebihan di sebalik cryptocurrency dan desentralisasi. Tidak ada satu pelayan yang boleh diserang oleh cracker. Mereka perlu meyakinkan 51% dari semua pengguna kerana setiap pengguna menyimpan salinan blockchain.

Soalan-soalan lazim

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

More guides on Finder

Go to site