GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Cara untuk membeli VeChain (VET)

Panduan bagi novis untuk membeli, menjual dan memperdagangkan VeChain (VET) di Malaysia.

VeChain adalah cryptocurrency yang ditubuhkan pada tahun 2015. Platform blockchain ini bertujuan untuk membantu meningkatkan dan merevolusikan pengurusan rantaian bekalan dengan memudahkannya untuk menjejak keseluruhan kitaran hayat produk, yang membolehkan peruncit-peruncit dan pengguna-pengguna untuk mengesahkan kualiti dan keaslian apa sahaja yang dibeli dengan cepat.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai cara membeli token VeChain (VET) dan cara VeChain berfungsi, teruskan membaca.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Dimanakah boleh membeli dan menjual VeChain

VET tersedia didalam beberapa pertukaran-pertukaran cryptocurrency yang popular, termasuklah:

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Cryptocurrency, PayPal, Wire transfer, SEPA, Kredit atau Debit kad
USD, EUR, GBP, RUB, CNY, AUD, KRW, JPY, TRY, VND & 40+ more

492
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Daftar dan gunakan kod 1xf56 untuk mendapatkan faedah-faedah VIP selama sebulan. Deposit/hantarkan lebih daripada 0.1BTC ke KuCoin dalam masa 7 hari pendaftaran untuk mendapatkan faedah-faedah bagi VIP 2. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Aplikasi Crypto.com
Aplikasi Crypto.com
Cryptocurrency, SEPA, Kredit kad, Wayar Bank
USD, AUD, CAD, CHF, EUR, GBP, NZD, SGD, JPY, ZAR & 9+ more

213
cryptocurrencies

Beli lebih daripada 200+ cryptocurrency, anda boleh dapatkan hampir 14.5% daripada pegangan-pegangan anda, bayar dengan crypto untuk dapatkan cashback di kedai-kedai, dapatkan loan-loan dan banyak lagi dengan menggunakan platform kewangan crypto ini.
Changelly Crypto-to-Crypto Exchange
Credit card, Cryptocurrency
USD, GBP, EUR, CAD, MXN, HKD, RUB, NZD, SGD, JPY & 40+ more

156
cryptocurrencies

Access competitive crypto-to-crypto exchange rates for 150+ cryptocurrencies on this global exchange.
Pertukaran cryptocurrency FTX
Pertukaran cryptocurrency FTX
Silvergate Exchange Network (SEN), Signature SIGNET, Kredit kad, Wayar Bank
USD,EUR,GBP,AUD,HKD,SGD,TRY,ZAR,CAD,CHF,BRL

240
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk mendapatkan diskaun 5% didalam kesemua yuran-yuran perdagangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
FTX merupakan pertukaran yang dibina oleh pedagang untuk pedagang-pedagang, yang mempunyai pelbagai terbitan dalam pasaran-pasara seperti pilihan-pilihan dan masa depan dengan manfaatnya yang mendalam, ditambah pula dengan piawaian dalam pasaran-pasaran setempat. Nota: Tidak ada untuk pelanggan-pelangan AS.
Pertukaran cryptocurrency Gate.io
Cryptocurrency
USD, EUR, GBP, HKD, SGD, AUD, CHF, MXN

941
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Pengguna-pengguna baru akan menerima mata asas daripada Gate.IO yang bernilai $90 dan $5 airdrop dalam GateTokens sekiranya jumlah dagangan melebihi $100 dalam minggu pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Satu pertukaran yang kaya dengan ciri-ciri dengan lebih daripada 700 token-token termasuk terbitan-terbitannya, hasil tanaman dan produk-produk pinjaman.
Bittrex Global
Bittrex Global
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
loading

Compare up to 4 providers

Panduan langkah demi langkah untuk membeli VeChain

Ingin membeli VeChain? Ikuti beberapa langkah mudah ini:

Langkah 1. Buat akaun di dalam pertukaran cryptocurrency yang membolehkan anda berdagang VET

Tertakluk dengan pertukaran yang di pilih, VET dapat diperdagangkan dengan dolar AS (USD), Bitcoin (BTC) atau Ethereum (ETH). Anda perlu memberikan alamat e-mel dan membuat kata laluan untuk mendaftar akaun, selain itu juga disarankan agar anda dapat menetapkan kebenaran dua faktor untuk memberikan tahap keselamatan tambahan.

Langkah 2. Deposit dana-dana ke dalam akaun anda

Kebanyakkan pertukaran cryptocurrency hanya membenarkan perdagangan di antara cryptocurrency dan tidak membenarkan deposit langsung menggunakan mata wang fiat, seperti MYR atau USD, jadi kebiasaannya anda perlu memiliki atau membeli BTC atau ETH terlebih dahulu.

Proses yang tepat untuk memasukkan dana-dana ke dalam akaun anda adalah berbeza-beza bergantung dengan pertukaran yang dipilih. Sebagai contoh, di Kucoin anda boleh memilih “Aset” pada menu di atas, pilih mata wang pilihan anda (contohnya ETH) dan klik “Deposit”.

Langkah 3. Membeli VET

Langkah yang terakhir adalah dengan memperdagangkan mata wang pilihan anda untuk VET di dalam pertukaran. Sekali lagi, proses yang tepat yang perlu anda ikuti adakag mungkin sedikit berbeza bergantung dengan pertukaran yang di pilih. Pastikan anda menyemak pesanan anda sebelum meneruskannya.

Wallet yang manakah boleh digunakan untuk memegang VeChain?

VeChain boleh disimpan di banyak wallet. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan wallet desktop seperti Atomic Wallet atau wallet hardware seperti Ledger Nano X atau TREZOR.

Bagaimanakah VeChain berfungsi

VeChain adalah platform pengurusan produk blockchain yang direka untuk mewujudkan pasaran yang lebih telus dan memberi orang akses maklumat yang boleh dipercayai mengenai produk yang mereka beli dan jual. VeChain bertujuan untuk memberi keselamatan dan memudahkan pengeluar produk untuk mengumpulkan, menyimpan dan berkongsi perincian produk dengan peruncit-peruncit dan pengguna-pengguna.

​​VeChain berfungsi dengan memberikan satu ID unik bagi setiap produk dan penjejak cip pintar VeChain, yang pada sebernarnya merupakan cip NFC, penjejak RFID atau kod QR yang menjejaki produk tersebut. Ia seperti cap jari unik yang boleh anda pasangkan hampir di semua benda.

Platform ini memberi tumpuan kepada empat bidang-bidang utama:

  • ​​​​Anti-tiruan. Menjamin kualiti dan kesahihan produk-produk, dan dapat membuktikannya.
  • ​​Pengurusan rantaian bekalan. Menjejaki produk-produk melalui seluruh rantaian bekalan.
  • Pengurusan aset. Menguruskan pelbagai jenis aset dengan mudah di seluruh dunia, daripada lokasi pusat.
  • Pengalaman pelanggan dan pelanggan. Mempunyai lebih banyak maklumat untuk pembeli-pembeli, dapat menawarkan lebih banyak maklumat terkini dan juga dapat melayani pelanggan dengan lebih baik.

VeChain juga disokong oleh VeChain Foundation. Entiti tidak berkeuntungan ini bertanggungjawab untuk membina rangkaian dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Ia juga mendakwa telah menjalin kerjasama dengan majoriti syarikat-syarikat besar di seluruh dunia.

Aplikasi-aplikasi dunia nyata bagi VeChain

Bayangkan: pada suatu hari nanti, anda mungkin dapat menggunakan teknologi NFC di dalam telefon pintar anda untuk mengimbas sebarang produk di sebuah kedai dan melihat keseluruhan sejarahnya, termasuk daripada siapa, bila, di mana dan bagaimanakah ia dibuat bagaimanakah ia berada berada di rak di hadapan anda. Inilah masa depan yang sedang diusahakan oleh VeChain.

Ia sudah pun digunakan secara langsung, dimana pembeli di China membiarkan mereka memeriksa asal usul makanan di pasar raya.

Di dalam dunia nyata, teknologi ini memiliki aplikasi-aplikasi yang berpotensi di dalam pelbagai industri, termasuklah barang-barang mewah, sektor automotif, pertanian, logistik dan peruncitan. Sebagai contoh, di dalam sektor peruncitan, blockchain dapat digunakan untuk mencegah kemasukan secara influks pakaian dan aksesori pereka palsu.

Sebagai contoh yang lain, mari kita fikirkan tentang sebuah botol wain. Dengan mengimbas cip pintar VeChain pada botol, anda dapat dengan serta-merta melihat di manakah ia dibuat dan bilakah, serta bagaimanakah ia berada di rak hadapan anda.

Pada akhir pertukaran yang lain, pengeluar wain dapat mengesan botol melalui rantaian bekalan, yang membolehkan mereka mengenal pasti titik-titik kelemahan dalam rantai, meningkatkan kecekapan dan ia lebih cepat bertindak balas terhadap gangguan.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa membeli VeChain

Sistem VeChain terdiri daripada dua cryptocurrency yang berbeza; VeChain (VET) dan VeChain Thor (VTHO). Yang pertama digunakan untuk memberi jaringan keselamatannya sendiri, manakala yang kedua digunakan sebagai gas untuk menghidupkan aplikasi-aplikasi di dalam rangkaian. VTHO diperolehi daripada pengguna-pengguna yang mempertaruhkan token-token VET. Kesemua transaksi-transaksi dan perkhidmatan-perkhidmatan di dalam platform VeChain bergantung dengan token-token ini.

Oleh itu, permintaan untuk token VeChain adalah faktor penting yang boleh mempengaruhi nilai VET pada masa akan datang. Kerjasama komersial VeChain dan rangkaian dalam aplikasi-aplikasi dunia nyata juga harus dipertimbangkan ketika hendak memutuskan sama ada akan membeli VET. Sebagai contoh, VeChain mengatakan bahawa ia telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai perniagaan-perniagaan antarabangsa.

Utiliti cryptocurrency yang juga dikatakan boleh memberi kesan besar kepada harganya. Kerjasama komersial VeChain yang sedia ada, digabungkan dengan aplikasi-aplikasi pengurusan rantaian bekalan berpotensi di beberapa industri-industri juga dapat mendorong perubahan harga pada masa depan.

Perlu diingat bahawa VET bukanlah satu-satunya token rantaian bekalan – pesaing seperti WaltonChain, Wabi dan OriginTrail masing-masing boleh mencabar saham pasaran VeChain.

Memegang sebarang cryptocurrency perlu disertakan dengan tahap risiko, jadi anda perlu melakukan usaha wajar sebelum anda mempertimbangkan untuk membeli VET. Anda perlu meneliti perkembangan-perkembangan teknologi yang berkaitan dengan VeChain, serta masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, sebelum memutuskan sama ada akan membeli token-token VET.

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

More guides on Finder

Ask an Expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder.com provides guides and information on a range of products and services. Because our content is not financial advice, we suggest talking with a professional before you make any decision.

By submitting your comment or question, you agree to our Privacy Policy and Terms.

Questions and responses on finder.com are not provided, paid for or otherwise endorsed by any bank or brand. These banks and brands are not responsible for ensuring that comments are answered or accurate.
Go to site