GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Cara membeli Ethereum (ETH)

Panduan novis untuk membeli dan berdagang Ether di Malaysia.

Ia merupakan aset asli rangkaian Ethereum dan merupakan salah satu mata wang digital yang paling terkenal, Ether (ETH) dapat dibeli dan diperdagangkan di hampir kesemua pertukaran-pertukaran crypto.

Ia mencapai tahap tertinggi sepanjang tahun pada tahun 2021, dimana kebanyakan pembeli-pembeli yang memasuki pasaran untuk pertama kali. Kami telah mengumpulkan panduan ringkas ini untuk membantu anda memasukinya dengan selamat dan terjamin.

1. Bandingkan pertukaran crypto

Cara termudah untuk membeli Ethereum adalah daripada pertukaran cryptocurrency. Membandingkannya di dalam jadual di bawah ini membolehkan anda mencari satu diantara ciri-ciri yang anda mahukan seperti bayaran terendah, mudah digunakan atau mempunyai sokongan pelanggan 24 jam.

2. Buat akaun

Untuk membuat akaun di dalam pertukaran, anda perlu mengesahkan alamat dan identiti e-mel anda. Ambil beberapa ID foto dan sediakan telefon anda.

3. Buat deposit

Setelah pengesahan dibuat, anda boleh mendeposit MYR menggunakan kaedah pembayaran yang paling sesuai untuk anda – pindahan bank, kad kredit dan debit dimana kesemuanya diterima secara meluas.

4. Beli Ethereum

Anda kini boleh menukarkan dana anda kepada Ether. Untuk pertukaran yang lebih mudah, anda dengan mudahnya boleh memasukkan jumlah yang ingin dibeli dan mengklik “beli.” Kini anda juga boleh membuat pengeluaran Ether ke walet peribad anda sekiranya anda menghendakinya.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Di mana boleh membeli Ethereum (ETH)

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran cryptocurrency Gate.io
Cryptocurrency
USD, EUR, GBP, HKD, SGD, AUD, CHF, MXN

876
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Pengguna-pengguna baru akan menerima mata asas daripada Gate.IO yang bernilai $90 dan $5 airdrop dalam GateTokens sekiranya jumlah dagangan melebihi $100 dalam minggu pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Satu pertukaran yang kaya dengan ciri-ciri dengan lebih daripada 700 token-token termasuk terbitan-terbitannya, hasil tanaman dan produk-produk pinjaman.
Aplikasi Crypto.com
Aplikasi Crypto.com
Cryptocurrency, SEPA, Kredit kad, Wayar Bank
USD, AUD, CAD, CHF, EUR, GBP, NZD, SGD, JPY, ZAR & 9+ more

156
cryptocurrencies

Beli lebih daripada 100+ cryptocurrency, anda boleh dapatkan hampir 14.5% daripada pegangan-pegangan anda, bayar dengan crypto untuk dapatkan cashback di kedai-kedai, dapatkan loan-loan dan banyak lagi dengan menggunakan platform kewangan crypto ini.
Pertukaran cryptocurrency FTX
Pertukaran cryptocurrency FTX
Silvergate Exchange Network (SEN), Signature SIGNET, Kredit kad, Wayar Bank
USD,EUR,GBP,AUD,HKD,SGD,TRY,ZAR,CAD,CHF,BRL

72
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk mendapatkan diskaun 5% didalam kesemua yuran-yuran perdagangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
FTX merupakan pertukaran yang dibina oleh pedagang untuk pedagang-pedagang, yang mempunyai pelbagai terbitan dalam pasaran-pasara seperti pilihan-pilihan dan masa depan dengan manfaatnya yang mendalam, ditambah pula dengan piawaian dalam pasaran-pasaran setempat. Nota: Tidak ada untuk pelanggan-pelangan AS.
Bittrex Global
Bittrex Global
Cryptocurrency, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Alipay, Bank transfer, Cash, Neteller, PayPal, Qiwi, SWIFT, WeChat, Western Union, UPI, IMPS, Paytm, Faster Payments (FPS), PayNow, Swish, Payme
AUD, CAD, CNH, CHF, EUR, GBP, HKD, NZD, SGD, USD

110
cryptocurrencies

Membuat transaksi-transaksi yang pantas termasuklah perdagangan spot, masa hadapan dan P2P dengan pertukaran cryptocurrency ini.
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pemindahan bank, Cryptocurrency, iDEAL, PayPal, POLi, SEPA, Faster Payments (FPS)
USD, CNY, EUR, ARS, AUD, BGN, BRL, CAD, CHF, COP & 20+ more

281
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan US$10 dalam BTC apabila anda memperkenalkan kepada rakan anda dan mereka membeli $100 cryptocurrency. Tertakluk dengan terma dan syarat.
Senarai lebih daripada 100 cryptocurrency, OKEx menawarkan pengguna-pengguna variasi cara-cara pembayaran dan duit-duit koin yang boleh dipilih.
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Cryptocurrency, Payoneer, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad, Wang Tunai
DZD, XCD, ARS, AMD, AWG, AUD, AZN, BSD, BHD, BDT & 140+ more

3
cryptocurrencies

Hubungkan para pembeli dan para penjual bitcoin melalui pasaran kenalan (peer-to-peer) yang menerima tunai, kredit dan lebih daripada 300 jenis pembayaran yang lain.
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Cryptocurrency, Neteller, Skrill, Apple Pay, Pemindahan bank, Kredit kad
EUR, GBP, USD, AUD, CAD, PHP, SGD, CHF, HKD, JPY & 30+ more

32
cryptocurrencies

Beli Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency yang popular dengan menggunakan kad kredit atau kad debit di dalam penukaran crptocurrency digital ini.
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Cryptocurrency
USD, EUR, AUD, CHF, CZK, DKK, GBP, HUF & 5+ more

23
cryptocurrencies

Matlamat Stormgain adalah untuk memudahkan penukaran criptocurrency, dan juga membolehkan anda membeli crypto dengan fiat melalui Simplex.
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
SEPA, Pemindahan bank
USD, JPY, EUR, SGD, AUD, HKD

125
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan potongan 10% daripada caj perdagangan. Tertakluk dengan terma dan syarat..
Penafian:Pelaburan produk yang sangat tidak menentu. Kapital anda mempunyai risiko.
Cairan ada bersatu, daripada sumber perdagangan global yang mana menghubungkan dunia fiat dan crypto.
loading

Compare up to 4 providers

Mesti Baca: Ethereum vs Ether: Apakah perbezaannya?

Ether merupakan token asli Ethereum, satu platform kontrak pintar yang boleh digunakan oleh pemaju-pemaju untuk membina dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdesentralisasi. Walau bagaimanapun, di sebalik fakta ini, ia adalah satu perkara biasa untuk melihat mata wang bagi platform ini yang juga disebut sebagai Ethereum di serata pertukaran-pertukaran crypto dan di dalam talian.

Panduan langkah demi langkah untuk membeli Ethereum

Terdapat dua cara untuk membeli Ether:

Sekiranya anda baru mengenali dunia cryptocurrency, kemungkinan besar anda akan mendapati bahawa membeli ETH secara langsung dengan ringgit Malaysia adalah pilihan yang paling mudah. Walau bagaimanapun, kami juga telah menyertakan langkah-langkah berkaitan cara untuk membeli ETH dengan menggunakan cryptocurrency yang lain (dalam kes ini Bitcoin) jika itu adalah kaedah pilihan anda.

Membeli Ether dengan MYR

Terdapat beberapa pertukaran-pertukaran yang membolehkan anda membeli Ether dengan ringgit Malaysia, jadi pastikan anda membandingkan ciri-ciri dan caj-caj bayaran di dalam pelbagai platform sebelum membuat keputusan untuk menggunakan platform yang hendak digunakan.

Bagi contoh ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara membeli ETH dengan MYR di Luno.

Langkah 1. Daftar akaun Luno

Anda boleh mendaftar akaun Luno dengan memberikan alamat e-mel anda dan membuat kata laluan. Sebelum anda boleh berdagang, anda perlu mengesahkan akaun anda dengan melakukan perkara berikut:

  • Membuat pengesahan alamat e-mel dan nombor telefon anda
  • Memuat naik gambar berwarna atau imbasan kad pengenalan Malaysia (MyKad) atau lesen memandu
  • Memuat naik gambar selfie berwarna (gambar potret diri) dalam masa 24 jam

Jangan lupa untuk mengaktifkan pengesahan 2 faktor pada akaun anda untuk keselamatan tambahan.

Langkah 2. Masukkan dana ke dalam akaun anda

Dari dashboard akaun Luno anda, pilih “Walet” di bahagian atas layar dan klik butang “Deposit”. Anda kemudian dapat mengakses maklumat yang diperlukan untuk memindahkan dana ke dalam akaun anda melalui pindahan wang melalui bank.

Langkah 3. Beli Ether

Pilih Ethereum dan tentukan berapa banyak ETH yang hendak dibeli atau berapa MYR yang anda mahu belanjakan. Luangkan sedikit masa untuk menyemak kesemua butiran-butiran penuh transaksi sebelum anda mengklik “Beli”.

Go to Luno's website

Membeli Ether dengan cryptocurrency lain

Sekiranya anda ingin menukarkan cryptocurrency lain dengan ETH, terdapat pelbagai pertukaran-pertukaran yang membolehkan anda melakukannya. Pastikan anda membandingkan ciri-ciri dan caj-caj bayaran daripada pelbagai platform sebelum membuat keputusan diantara platform yang mana yang anda mahu gunakan.

Untuk memberikan contoh yang jelas bagaimanakah cara sebenar membeli ETH dengan cryptocurrency lain, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menyelesaikan transaksi ini di Binance.

Langkah 1. Beli BTC

Walaupun Ether boleh dibeli dengan menggunakan beberapa cryptocurrency yang popular, Bitcoin adalah yang paling mudah untuk diperolehi dan diperdagangkan.

Sekiranya anda sudah memiliki beberapa BTC, sila ke langkah 2. Jika tidak, anda boleh mendapatkan cara-cara bagi langkah demi langkah mengenai bagaimanakah cara untuk memperolehinya dalam panduan kami untuk membeli Bitcoin.

Langkah 2. Daftar akaun Binance

Navigasi ke laman web Binance dan klik pautan “Daftar” di kanan atas skrin. Anda kemudiannya boleh mendaftar akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan membuat kata laluan. Jangan lupa untuk mengaktifkan pengesahan 2 faktor sebelum meneruskan ke langkah 3.

Selain itu, anda perlu mengetahui bahawa ketika ingin membuat pengeluaran akaun yang lebih tinggi daripada had pengeluaran 2 BTC, anda perlu memberikan bukti pengenalan diri

Langkah 3. Masukkan BTC ke dalam akaun Binance anda

Sekiranya Bitcoin anda telah disimpan di Binance, teruskan ke langkah 4.

Tetapi, sekiranya BTC anda disimpan di pertukaran yang lain atau di dalam walet Bitcoin, anda perlu mencari alamat walet Binance anda supaya anda dapat memindahkan BTC ke dalam akaun perdagangan anda.

Untuk melakukan ini, anda perlu log masuk ke akaun Binance anda, klik menu drop-down “Dana” dan kemudian pilih “Deposit”. Pilih Bitcoin daripada senarai mata wang yang disokong dan salin alamat walet atau imbas kod QR yang disediakan.

Ini adalah alamat destinasi yang perlu digunakan untuk menghantar deposit BTC ke Binance dari walet peribadi anda.

Langkah 4. Beli Ether

Kini tiba masanya untuk mengklik tab “Exchange” (pertukaran) di sebelah kiri atas skrin dan memilih paparan perdagangan “Basic”. Gunakan kotak carian yang disediakan untuk mencari pasangan perdagangan BTC / ETH dan kemudian pilih pesanan had, pasaran atau had berhenti pesanan.

Masukkan jumlah Ether yang ingin di beli, tetapi ingat untuk menyemak semua butiran-butiran transaksi sebelum mengklik “Beli ETH”.

Back to top

Cara menjual Ether

Sekiranya anda ingin menjual token ETH anda, berita baiknya adalah bahawa mereka dapat ditukarkan dengan pelbagai mata wang digital dan fiat di kebanyakan pertukaran-pertukaran yang berbeza-beza.

Proses penjualan adalah sama dengan proses pembelian yang dijelaskan di atas pada langkah 4, kecuali bagi perbezaan utama yang anda perlukan iaitu memasukkan butiran-butiran transaksi anda pada bahagian “Jual”.

Dapatkan cara-cara bagi langkah demi langkah untuk menjual ETH dalam panduan lengkap kami.


Walet manakah yang boleh saya guna untuk memegang Ether?

Walaupun beberapa orang memilih untuk menyimpan token crypto mereka di akaun pelaburan mereka, namun ini adalah tidak digalakkan. Ini kerana pertukaran telah menjadi sasaran biasa bagi penggodam dan pencuri, dan kebiasaannya pilihan yang lebih selamat adalah dengan memindahkan token ETH anda ke dalam walet yang membolehkan anda kekal mengawal sepenuhnya kunci-kunci peribadi anda.

Dengan berbesar hati, terdapat pelbagai pilihan-pilihan yang ada bagi pencarian walet Ethereum. Pilihan-pilihan yang mungkin anda ingin pertimbangkan termasuklah:

Untuk maklumat yang lebih lanjut, lihat panduan kami untuk walet-walet Ethereum yang terbaik.


Bagaimana Ethereum berfungsi

Ia dilancarkan pada tahun 2015, Ethereum adalah satu platform blockchain yang mempunyai sumber terbuka yang boleh digunakan oleh pembangun untuk membina dan menjalankan aplikasi terdesentralisasi (dapps). Ciri utamanya ialah ia membolehkan pemaju-pemaju membuat kontrak-kontrak pintar, dimana ia merupakan kontrak yang boleh dilaksanakan sendiri secara automatik dan menyelesaikan tugas apabila syarat tertentu dipenuhi. Sebagai contoh, kontrak pintar asas boleh mengatakan, “bayar John US $ 50 jika dia mengirimi saya laporan 10 halaman mengenai kegemukan haiwan peliharaan pada 1 Mac 2021”.

Kontrak-kontrak pintar ini dilaksanakan oleh Ethereum Virtual Machine (EVM), yang dikuasakan oleh rangkaian nod antarabangsa yang terdesentralisasi. Di dalam dunia nyata, Ethereum dapat digunakan untuk menggerakkan dapps dan kontrak-kontrak pintar di dalam pelbagai industri, termasuklah daripada kewangan dan insurans sehingga pengurusan rantaian bekalan, pertaruhan dan penyimpanan fail.

Ether merupakan cryptocurrency asli rangkaian Ethereum. Ia digunakan oleh pemaju-pemaju untuk membayar caj transaksi dan perkhidmatan di dalam Ethereum, dan juga dapat diperdagangkan di dalam pelbagai pertukaran-pertukaran crypto.

Ketahui bagaimanakah platform Ethereum berfungsi melalui panduan lengkap kami.


Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli Ether

Cryptocurrency adalah aset yang rumit dan tidak dapat dijangka, dan membeli sebarang duit koin atau token digital adalah seiring dengan tahap risiko yang tinggi. Sebelum anda membeli, pastikan anda telah membuat banyak penyelidikan dan anda menyedari faktor-faktor yang berpotensi untuk mendorong harga aset crypto sama ada akan naik atau turun.

ISekiranya anda terfikir untuk membeli Ether, pertimbangkan dahulu faktor-faktor berikut:

  • Bekalan. Menurut CoinMarketCap, pada waktu penulisan (Februari 2021) bekalan ETH yang disebarkan adalah 114,788,845. Tidak seperti Bitcoin, Ether tidak mempunyai bekalan had maksimum penawaran tetapi sebaliknya iaitu penerbitan tahunan sebanyak 18,000,000 ETH setiap tahun. Dapatkan maklumat lanjut panduan mengenai kadar inflasi ETH.
  • Memindahkan kepada bukti-kepentingan. Walaupun ia bermula sebagai bukti kerja cryptocurrency, Ethereum pada masa terdekat akan beralih ke sistem bukti kepentingan sebagai sebahagian daripada kemas kini Casper. Ia direka untuk meningkatkan skala dan menangani pemusatan, kejayaan Casper (atau sebaliknya) akan besar pada masa depan Ethereum.
  • Pemimpin pasaran. ASeperti sekarang, Ethereum mempunyai profil terbesar diantara semua platform dapps yang ada sekarang. Oleh kerana ia mempunyai kelebihan penggerak awal, Ether adalah mata wang digital kedua terbesar di dunia dari segi cap pasaran dan platform Ethereum yang sinonim dengan pengembangan dapps.
  • Persaingan. Walaupun, Ethereum juga beroperasi di dalam sektor pasaran yang semakin kompetitif. NEO, Lisk, EOS and Cardano merupakan beberapa platform-platform dapp yang mampu bersaing dengan Ethereum pada masa akan datang.
  • Enterprise Ethereum Alliance (EEA). EEA adalah sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk mempercepat penggunaan teknologi blockchain Ethereum oleh perniagaan-perniagaan. Sekiranya berjaya mendorong peningkatan penggunaan Ethereum, ini boleh menjadi potensi yang akan mendorong peningkatan permintaan ETH.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai faktor yang boleh mempengaruhi harga Ether di dalam panduan meramal harga ETH kami.

Soalan-soalan Lazim

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

Ikon yang dibuat oleh pelbagai artis di www.flaticon.com

Pendedahan: Pada masa penulisan penulis memegang ADA, ICX, IOTA dan XLM.

Laporan Crypto Finder, 2021

Finder telah membuat peninjauan dengan lebih daripada 42,000 orang di 27 buah negara untuk mendedahkan negara manakah yang mempunyai kadar pemilikan cryptocurrency terbanyak. Malaysia menduduki tangga ke 4 daripada 27 buah negara dengan sejumlah 29% dewasa menyatakan mereka memiliki cryptocurrency.

Purata global untuk pemilikan adalah 19% lebih kecenderungan kepada lelaki berbanding wanita untuk memiliki cryptocurrency.

Semua kandungan boleh diterbitkan semula dengan membuat pautan ke halaman ini.

Muat turun statistik cryptocurrency dalam PDF

Klik untuk pertanyaan

Back to top

More guides on Finder

Ask an Expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder.com provides guides and information on a range of products and services. Because our content is not financial advice, we suggest talking with a professional before you make any decision.

By submitting your comment or question, you agree to our Privacy Policy and Terms.

Questions and responses on finder.com are not provided, paid for or otherwise endorsed by any bank or brand. These banks and brands are not responsible for ensuring that comments are answered or accurate.
Go to site