Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.
Cara membeli Cardano (ADA) di Malaysia
Ketahui semua berkaitan Cardano dan cryptocurrency ADA.
Cardano adalah blockchain bukti-sah-pegangan yang direka untuk kontrak pintar dan dApps, yang diketuai oleh pengasas bersama Ethereum, Charles Hoskinson.
Direka untuk menjadi pesaing Ethereum, Cardano mula berkembang pada tahun 2015, dan dilancarkan sebagai testnet pada 29 September 2017. Mainnet, yang digelar Goguen dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2021 yang akan membawa fungsi kontrak pintar yang lama ditunggu-tunggu ke platform. Walaupun proses perkembangannya agak perlahan, token Cardano asli ADA adalah salah satu duit syiling yang paling popular di pasaran.
Di mana untuk membeli token-token Cardano ADA
Bandingkan pertukaran-pertukaran yang menjual ADA dalam jadual di bawah mengenai perkara-perkara seperti kaedah-kaedah pembayaran dan mata wang yang disokong.
Walet-walet & penyimpanan Cardano
Sebaik sahaja anda membeli ADA, anda mungkin ingin memindahkannya ke walet untuk menyimpanya dengan selamat.
Cardano menawarkan walet khas yang digelar Deadalus. Ia adalah walet desktop pelbagai fungsi yang selamat untuk dieksport ke dalam walet kertas untuk keselamatan tambahan. Pada masa ini ia hanya menyokong ADA, tetapi akan menawarkan sokongan multi-cryptocurrency.
Untuk menjadikan penggunaan Deadalus lebih selamat, anda mungkin ingin menggunakannya dengan walet hardware yang memastikan kunci peribadi anda selamat didalam peranti hardware.
Apa itu Cardano dan bagaimana ia berfungsi?
Catatan: Cardano masih di dalam proses pembangunan. Tidak semua ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini aktif pada masa penulisan.
Untuk mencapai matlamatnya untuk menjadi cryptocurrency yang paling praktikal yang pernah dibina, Cardano dicipta dari awal dan bukannya meminjam ciri-ciri daripada blockchain yang ada.
Salah satu ciri-ciri utama sistem Cardano adalah reka bentuk pelbagai lapisan:
- Lapisan penyelesaian. Ini adalah lapisan yang mengendalikan token-token ADA.
- Lapisan pengkomputeran. Lapisan ini dapat menjalankan kontrak-kontrak pintar, mengenal pastikan pengguna-pengguna individu dan melakukan fungsi-fungsi lain.
Bitcoin dan kebanyakan cryptocurrenPerlombongan Cardanocy yang lain mempunyai semua fungsi dibawah di dalam satu lapisan. Sistem pelbagai lapisan ini membawa beberapa ciri yang mungkin berguna oleh pembangun-pembangun.
- Kebolehtingkatkan. Sistem ini telah dirancang khusus untuk membolehkan peningkatan yang agak lancar dan mudah dengan sentuhan yang sedikit. Reka bentuk pelbagai lapisan membolehkan setiap lapisan bercabang dan ditingkatkan secara berasingan.
- Penyesuaian. Lapisan pengkomputeran dapat disesuaikan dengan pelbagai cara tanpa mempengaruhi ADA. Contohnya, untuk membantu memenuhi keperluan peraturan-peraturan yang berbeza di negara yang berbeza tanpa perlu membuat perubahan kerana ia memenuhi satu-ukuran-sesuai dengan semua pada cryptocurrency ADA.
- Privasi dengan pematuhan. Pengguna dapat memperoleh privasi bagi transaksi-transaksi mereka walaupun lapisan pengkomputeran dapat mengenal pastikan individu-individu. Sistem ini dirancang untuk menawarkan tahap tanpa nama sementara masih membenarkan kepatuhan terhadap undang-undang di seluruh dunia.
Lapisan-lapisan ini disokong oleh perbendaharaan Cardano, yang menerima sebahagian daripada ADA yang baru dicetak dan bayaran transaksi-transaksi.
Lihat panduan kami untuk penjelasan lengkap Cardano dan cryptocurrency ADA
Perlombongan Cardano
Cardano menggunakan sepenuhnya algoritma perlombongan yang baru yang dikenali sebagai Ouroboros. Menurut pembangunnya, ini adalah algoritma perlombongan bukti-sah-pegangan pertama yang boleh dibuktikan dengan selamat dengan matematik.
Bagaimana bukti kepentingan berfungsi
Beberapa cryptocurrency lama seperti Bitcoin menggunakan perlombongan “bukti-sah-pegangan”, di mana pelombong-pelombong bersaing untuk menyelesaikan masalah, menghasilkan blok seterusnya dan memenangi hadiah kerana melakukannya. Sebaliknya, perlombongan “bukti-kepentingan” berfungsi dengan memilih pihak berkepentingan secara separa rawak untuk menyelesaikan blok berikutnya, dengan pihak berkepentingan yang lebih besar (penyumbang dengan lebih banyak ADA) adalah lebih cenderung dipilih.
Ini berpotensi menawarkan urus niaga yang lebih cepat dan lebih murah, ditambah faedah-faedah yang akan menjadi lebih penjimatan tenaga.
Masalahnya adalah untuk mencari cara yang boleh dipercayai dan dipilih secara rawak untuk memilih pihak berkepentingan untuk membuat blok. Menurut pembangunnya, Ouroboros boleh menyelesaikan masalah ini.
Adakah Cardano boleh dipercayai?
Cardano adalah sumber terbuka sepenuhnya dan bebas paten. Semua kod sumbernya tersedia secara umum untuk pemeriksaan. Mereka yang berminat dengan Cardano mungkin mendapati bahawa ini bukan sahaja boleh membantu perkembangan, tetapi juga membolehkan masalah dapat diketahui dengan cepat. Ia juga dimajukan dan dikembangkan oleh beberapa nama-nama yang boleh diakses dan dikenali ramai.
- The Cardano Foundation: Organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Swiss yang dirancang untuk berfungsi sebagai badan standard untuk protokol Cardano kerana ia berkembang dari masa ke masa, dan untuk berinteraksi dengan pengawal-pengawal selia di dalam pasaran yang berbeza.
- IOHK: Syarikat kejuruteraan perisian yang berdedikasi untuk menginovasikan perkhidmatan kewangan peer-to-peer (P2P). IOHK berada di belakang kebanyakan teknologi Cardano.
- Emurgo: Syarikat berdaftar yang dibentuk untuk berinteraksi di antara Cardano dan perniagaan-perniagaan dengan menawarkan Cardano sebagai penyelesaian perniagaan blockchain.
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli Cardano
Para pembangun mendakwa Cardano direka khas untuk menjadi satu-satunya cryptocurrency yang diperlukan oleh dunia, ia menawarkan pelbagai ciri-ciri dan kegunaan yang luar biasa. Khususnya, ia dirancang untuk berfungsi dengan baik dengan peraturan-peraturan dan dapat diakses oleh hampir kesemua orang, dengan kemampuan untuk menyesuaikan fungsi agar sesuai dengan undang-undang dan peraturan-peraturan setempat.
Walaupun matlamat-matlamat yang menjulang tinggi daripada Cardano, ia menghadapi persaingan yang sengit. Sejak Cardano bermula pada tahun 2015, banyak blockchain yang baru muncul di atas talian dengan tujuan yang sama dan sudah mampu menggunakan onboard manakala Cardano agak ketinggalan jika dibandingkan.
Pelaksanaan mainnet Goguen pada tahun 2021 memungkinkan ia menjadi momen penting bagi Cardano, dengan penambahan kontrak pintar dan dApps yang memberikannya peluang nyata untuk bersaing di dalam pasaran kontrak pintar (lapisan dasar) yang kini semakin padat.
Bekalan ADA
- Bekalan maksimum: 45 bilion ADA
- ADA dalam edaran: Sekitar 32 bilion ADA
More guides on Finder
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
Aptos (APT) price, chart, coin profile and news
This guide provides step-by-step instructions on how to buy Aptos, lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on APT.
-
Aptos (APT) price prediction
Read our expert analysis on Aptos and how the token will perform in the future.
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
-
How to buy () in country name error
This guide provides step-by-step instructions on how to buy , lists some exchanges where you can get it and provides daily price data on ().
Ask an Expert