GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Bagaimanakah cara membeli Bitcoin di Malaysia

Panduan langkah demi langkah untuk memulakan dengan Bitcoin (BTC).

Apabila Bitcoin mencapai tahap tertinggi sepanjang tahun pada tahun 2021, ramai pembeli ingin menceburi pasaran untuk pertama kalinya. Kami telah membuat panduan ringkas ini untuk membantu anda melakukannya dengan betul dan selamat.

1. Bandingkan pelaburan matawang Kripto

Kaedah termudah untuk membeli Bitcoin adalah dari pelaburan cryptocurrency. Perbandingan dalam jadual di bawah membolehkan anda mencari jenis pelaburan dengan ciri yang anda mahukan seperti bayaran rendah, mudah digunakan atau mempunyai sokongan pelanggan 24 jam.

2. Membuka akaun

Untuk membuka akaun pelaburan, anda perlu mengesahkan alamat dan identiti e-mel anda. Sediakan beberapa IC foto dan berikan nombor telefon anda.

3. Membayar deposit

Setelah disahkan, anda boleh membuat deposit dalam RM dengan menggunakan apa jua kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan anda – pemindahan bank, kad kredit dan kad debit adalah diterima secara meluas.

4. Beli Bitcoin

Anda kini boleh menukar dana anda dengan Bitcoin. Untuk memudahkan lagi pelaburan, anda dengan mudah boleh memasukkan jumlah yang ingin dibeli dan klik “beli.” Jika nak, anda boleh mengeluarkan Bitcoin ke dalam wallet peribadi anda sekarang juga.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Di mana untuk membeli Bitcoin di Malaysia

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran cryptocurrency Gate.io
Cryptocurrency
USD, EUR, GBP, HKD, SGD, AUD, CHF, MXN

870
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Pengguna-pengguna baru akan menerima mata asas daripada Gate.IO yang bernilai $90 dan $5 airdrop dalam GateTokens sekiranya jumlah dagangan melebihi $100 dalam minggu pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Satu pertukaran yang kaya dengan ciri-ciri dengan lebih daripada 700 token-token termasuk terbitan-terbitannya, hasil tanaman dan produk-produk pinjaman.
Aplikasi Crypto.com
Aplikasi Crypto.com
Cryptocurrency, SEPA, Kredit kad, Wayar Bank
USD, AUD, CAD, CHF, EUR, GBP, NZD, SGD, JPY, ZAR & 9+ more

156
cryptocurrencies

Beli lebih daripada 100+ cryptocurrency, anda boleh dapatkan hampir 14.5% daripada pegangan-pegangan anda, bayar dengan crypto untuk dapatkan cashback di kedai-kedai, dapatkan loan-loan dan banyak lagi dengan menggunakan platform kewangan crypto ini.
Pertukaran cryptocurrency FTX
Pertukaran cryptocurrency FTX
Silvergate Exchange Network (SEN), Signature SIGNET, Kredit kad, Wayar Bank
USD,EUR,GBP,AUD,HKD,SGD,TRY,ZAR,CAD,CHF,BRL

72
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk mendapatkan diskaun 5% didalam kesemua yuran-yuran perdagangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
FTX merupakan pertukaran yang dibina oleh pedagang untuk pedagang-pedagang, yang mempunyai pelbagai terbitan dalam pasaran-pasara seperti pilihan-pilihan dan masa depan dengan manfaatnya yang mendalam, ditambah pula dengan piawaian dalam pasaran-pasaran setempat. Nota: Tidak ada untuk pelanggan-pelangan AS.
Bittrex Global
Bittrex Global
Cryptocurrency, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Alipay, Bank transfer, Cash, Neteller, PayPal, Qiwi, SWIFT, WeChat, Western Union, UPI, IMPS, Paytm, Faster Payments (FPS), PayNow, Swish, Payme
AUD, CAD, CNH, CHF, EUR, GBP, HKD, NZD, SGD, USD

110
cryptocurrencies

Membuat transaksi-transaksi yang pantas termasuklah perdagangan spot, masa hadapan dan P2P dengan pertukaran cryptocurrency ini.
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pemindahan bank, Cryptocurrency, iDEAL, PayPal, POLi, SEPA, Faster Payments (FPS)
USD, CNY, EUR, ARS, AUD, BGN, BRL, CAD, CHF, COP & 20+ more

281
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan US$10 dalam BTC apabila anda memperkenalkan kepada rakan anda dan mereka membeli $100 cryptocurrency. Tertakluk dengan terma dan syarat.
Senarai lebih daripada 100 cryptocurrency, OKEx menawarkan pengguna-pengguna variasi cara-cara pembayaran dan duit-duit koin yang boleh dipilih.
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Cryptocurrency, Payoneer, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad, Wang Tunai
DZD, XCD, ARS, AMD, AWG, AUD, AZN, BSD, BHD, BDT & 140+ more

3
cryptocurrencies

Hubungkan para pembeli dan para penjual bitcoin melalui pasaran kenalan (peer-to-peer) yang menerima tunai, kredit dan lebih daripada 300 jenis pembayaran yang lain.
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Cryptocurrency, Neteller, Skrill, Apple Pay, Pemindahan bank, Kredit kad
EUR, GBP, USD, AUD, CAD, PHP, SGD, CHF, HKD, JPY & 30+ more

32
cryptocurrencies

Beli Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency yang popular dengan menggunakan kad kredit atau kad debit di dalam penukaran crptocurrency digital ini.
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Cryptocurrency
USD, EUR, AUD, CHF, CZK, DKK, GBP, HUF & 5+ more

23
cryptocurrencies

Matlamat Stormgain adalah untuk memudahkan penukaran criptocurrency, dan juga membolehkan anda membeli crypto dengan fiat melalui Simplex.
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
SEPA, Pemindahan bank
USD, JPY, EUR, SGD, AUD, HKD

125
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan potongan 10% daripada caj perdagangan. Tertakluk dengan terma dan syarat..
Penafian:Pelaburan produk yang sangat tidak menentu. Kapital anda mempunyai risiko.
Cairan ada bersatu, daripada sumber perdagangan global yang mana menghubungkan dunia fiat dan crypto.
loading

Compare up to 4 providers

Panduan langkah demi langkah untuk membeli Bitcoin

Anda boleh membeli Bitcoin di Malaysia melalui dua langkah mudah:

Langkah 1. Pilih pelaburan cryptocurrency

Langkah pertama, jika anda telah memilih bahawa membeli Bitcoin adalah pilihan yang tepat untuk anda, anda perlu juga menentukan bagaimana caranya dan di mana anda boleh membelinya. Terdapat banyak platform untuk dipilih, walau bagaimanapun, mereka boleh dipisahkan menjadi tiga kategori utama:

Bitcoin brokers

Broker Bitcoin adalah pedagang yang menjual Bitcoin dan mata wang digital yang lain. Mereka menawarkan platform mesra pengguna dan merupakan kaedah terpantas dan termudah untuk membeli Bitcoin. Broker membolehkan anda membayar dengan mata wang rata (seperti RM atau USD) dengan menggunakan kaedah pembayaran yang selalu digunakan seperti kad kredit atau melalui pindahan wang di bank. Kelemahan utama broker ialah mereka sering mengenakan caj yang lebih tinggi berbanding pilihan yang lain. Luno adalah salah satu broker cryptocurrency yang terkenal.

Platform perdagangan cryptocurrency

Platform-platform seperti Binance dan Huobi, membenarkan anda membeli Bitcoin daripada peniaga-peniaga lain di dalam pasaran terbuka. Sesetengah pelaburan juga membolehkan anda membeli dengan mata wang rata, manakala yang lain hanya membenarkan perdagangan cryptocurrency dan tidak menerima deposit rata. Mereka lebih cenderung untuk menawarkan caj yang lebih rendah dan harga yang lebih baik berbanding broker, selain memberikan akses kepada lebih banyak jenis koin dan juga dapat digunakan untuk memperdagangkan cryptocurrency secara aktif. Mahupun begitu, platform ini lebih rumit untuk digunakan dan memerlukan pengetahuan asas tentang pelbagai konsep perdagangan, seperti perbezaan antara had dan pesanan pasaran (market order).

Pelaburan kenalan (peer-to-peer) (P2P)

Pelaburan kenalan (P2P) adalah seperti papan kenyataan di mana sesiapa sahaja boleh menghantar notis yang mengatakan sama ada mereka hendak membeli atau menjual Bitcoin, dan berapakah harganya. Pembeli dan penjual di pelaburan kenalan (P2P) akan menghubungi satu sama lain secara langsung dan membuat perancangan sendiri. Ini sekali gus memberi kebarangkalian untuk menggunakan pelbagai kaedah pembayaran, seperti pembayaran melalui wang tunai, dan boleh menjalankan perdagangan dengan privasi yang lebih tinggi. Namun, antara kelemahannya adalah harga di pelaburan kenalan (P2P) kebiasaannya adalah lebih tinggi berbanding kadar pelaburan pasaran, dan pengguna juga perlu berhati-hati dengan scam di platform ini. Contoh pelaburan kenalan (P2P) termasuklah LocalBitcoins dan Paxful.

Langkah 2. Beli Bitcoin

Dalam kebanyakan situasi, langkah pertama setelah memilih pelaburan adalah membuat akaun dengan menggunakan alamat e-mel anda. Bergantung dengan jenis pelaburan yang digunakan, dan syarat-syarat yang dikenakan, anda mungkin perlu memberikan nama penuh, maklumat hubungan dan bukti pengenalan diri sebelum dibenarkan untuk melabur.

Setelah akaun anda disahkan, barulah anda boleh membuat pembelian dan membayarnya. Situasi akan berbeza sekiranya anda menggunakan broker, platform perdagangan atau pun pelaburan kenalan (peer-to-peer).

Jika menggunakan broker

Anda hanya perlu memasukkan jumlah Bitcoin yang ingin dibeli, dan laman web broker akan memberitahu anda berapakah kosnya dan berapa jenis pilihan pembayaran yang disediakan. Setelah anda membuat pembayaran, broker akan menghantar Bitcoin ke dalam akaun anda. Kemudian, anda boleh mengeluarkan Bitcoin masuk ke dalam wallet peribadi atau menghantarnya ke mana-mana tempat yang anda mahukan.

Jika menggunakan platform perdagangan

Pertamanya, anda perlu deposit dana masuk ke dalam akaun anda. Setelah deposit dibuat, anda boleh mendagangkan pasangan mata wang yang ingin dijual ke dalam pasaran. Contohnya, jika anda ingin membeli Bitcoin dengan Ringgit Malaysia, anda haruslah pergi ke bahagian BTC / RM di dalam laman web pelaburan itu. Jika anda hendak membeli Bitcoin di dalam pasaran itu, anda boleh membuat pesanan untuk membeli. Terdapat beberapa jenis pesanan, tetapi jika anda hanya ingin membeli dengan harga pasaran semasa, anda boleh membuat pesanan pasaran sahaja.

Jika menggunakan pelaburan kenalan (peer-to-peer) (P2P)

Carilah tawaran harga jual yang boleh diterima dengan menggunakan kaedah pembayaran yang sesuai. Sebaik-baiknya, penjual itu mempunyai skor reputasi yang baik, dan tiada apa-apa yang kelihatan mencurigakan. Selepas itu, hubungi penjual tersebut dan maklumkan mereka bahawa anda ingin membeli Bitcoin dan membuat perjanjian. Pelaburan kenalan (P2P) biasanya menggunakan perkhidmatan escrow untuk melindungi pembeli dan penjual, tetapi anda tetap harus berhati-hati dengan penipu (scam) ketika menggunakannya.


Mula membandingkan pelaburan

Cara menyimpan Bitcoin

Setelah membeli Bitcoin, biasanya ia akan dimasukkan ke akaun pelaburan anda. Walaupun ada juga sesetengah pembeli yang akan kekal menyimpan Bitcoin mereka di dalam akaun pelaburan, namun, itu bukanlah pilihan paling selamat. Sekiranya pelaburan anda muflis atau telah gulung tikar, digodam atau sekiranya anda kehilangan akses bagi akaun pelaburan, maka, anda boleh kerugian Bitcoin.

Kerana itulah menyimpan Bitcoin di dalam wallet peribadi adalah lebih selamat.

Caranya, anda perlulah membuat alamat wallet Bitcoin peribadi dahulu. Kemudian, anda boleh menghantar Bitcoin dari akaun pelaburan anda masuk ke dalam alamat wallet peribadi.

Baca panduan wallet cryptocurrency untuk mengetahui cara membuat alamat wallet Bitcoin peribadi, dan apakah jenis-jenis wallet yang ada.

Cara untuk membuat pembayaran Bitcoin

Tidak semua jenis pelaburan menerima kesemua kaedah pembayaran yang ada, sekiranya anda mempunyai kaedah pembayaran yang khusus, ia amat membantu untuk mencari jenis pelaburan spesifik yang menerima kaedah pembayaran tersebut.

Kaedah-kaedah pembayaran yang berbeza mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.


Membeli Bitcoin melalui akaun bank anda

Sebilangan besar pelaburan cryptocurrency di Malaysia, menerima pindahan bank dari akaun bank yang dihubungkan dengan perkhidmatan pembayaran yang berkaitan. Pemindahan ini kebanyakkan adalah percuma dan pantas, oleh itu, ia boleh menjadi pilihan yang terbaik sekiranya ada. Pelaburan-pelaburan di Malaysia yang menerima pilihan ini termasuklah Luno, Sinegy dan Tokenize.

Semasa menggunakan pelaburan cryptocurrency di luar negara, anda mungkin akan mendapat pilihan pembayaran melalui pindahan bank yang disebut sebagai pindahan wang atau pembayaran SWIFT. Pembayaran ini biasanya jauh lebih perlahan (boleh memakan masa seminggu) dan mempunyai caj bayaran yang jauh lebih tinggi berbanding pindahan bank domestik, termasuklah caj pertukaran mata wang. Sekiranya anda ingin menggunakan pelaburan luar negeri tertentu, adalah lebih disyorkan untuk membeli cryptocurrency dalam mata wang tempatan dan kemudian baru deposit cryptocurrency kedalam pelaburan luar negeri tersebut.

Bandingkan pelaburan cryptocurrency di Malaysia yang menyokong pemindahan melalui bank tempatan​​


Membeli Bitcoin menggunakan kad kredit atau kad debit

Kebanyakan broker Bitcoin membolehkan anda membeli Bitcoin menggunakan kad kredit, termasuk platform seperti Coinmama, dan dengan menggunakan kad kredit anda dapat melakukan pembelian dengan cepat dan mudah. Platform perdagangan seperti Binance juga mula membolehkan pelanggan membeli cryptocurrency secara langsung dengan menggunakan kad kredit melalui integrasi pembayaran daripada pihak ketiga.

Kebiasaannya, bank tidak melihat transaksi-transaksi ini menguntungkan, dan ada pihak yang menghalang pelanggan daripada membeli cryptocurrency dengan plastik. Kad debit pula lebih jarang diterima berbanding kad kredit tetapi masih boleh digunakan untuk membeli cryptocurrency di dalam beberapa platform.

Kad kredit biasanya tidak diterima di dalam pelaburan kenalan (P2P) kerana risiko penipuan apabila caj ditendang balik.

Cari pelaburan di mana anda boleh membayar Bitcoin dengan menggunakan kad kredit/kad debit anda.


Beli Bitcoin dengan wang tunai

Buy bitcoin with cash

Terdapat dua cara utama untuk membeli Bitcoin dengan wang tunai di Malaysia.

Cara pelaburan langsung adalah dengan menggunakan kenalan (P2P), seperti Paxful, dan jualbeli secara tunai secara langsung dengan mereka di kawasan setempat tempatan. Selain itu, anda boleh mencari ATM Bitcoin yang berhampiran, dan mendepositkan wang tunai yang boleh ditukar kepada BTC.

Pembelian Bitcoin dengan wang tunai adalah cepat dan mudah seperti kaedah pembayaran lain, walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi kaedah pembayaran yang termahal.


Beli Bitcoin dengan PayPal

Pembelian melalui PayPal jarang diterima oleh kebanyakan pelaburan cryptocurrency atau penjual-penjual Kripto, memandangkan risiko penipuan caj ditendang. Ini kerana seseorang boleh meminta PayPal mengembalikan wang mereka walaupun selepas urus niaga dijalankan dan mereka telah mendapatkan Bitcoin, oleh itu, mereka dapat balik wang dan kemudian dapat juga menyimpan Bitcoin.

Sekiranya anda masih ingin membeli Bitcoin dengan PayPal, terdapat juga beberapa pilihan yang ada.

Amatlah jarang untuk berjumpa penjual yang menerima Paypal didalam di pelaburan kenalan (P2P), tetapi ia tidaklah mustahil, contohnya Paxful. Sekiranya anda lebih berminat dengan turun naik harga Bitcoin berbanding menjadikan sebagai aset asas, anda juga boleh membiayai akaun eToro dengan PayPal.

Antara pilihan ketiga yang agak berisiko dan agak mencurigakan ialah platform kenalan (P2P) yang dikenali sebagai xCoins, ia dirancang khusus untuk memudahkan transaksi Bitcoin melalui PayPal. Cara ia berfungsi agak kabur dan ia juga tidak mempunyai rekod keselamatan yang baik.

Jika anda hanya ingin menggunakan baki PayPal anda untuk membeli Bitcoin, anda boleh menghubungkan akaun PayPal anda ke kad kredit dan kemudian membeli Bitcoin dengan menggunakan kad kredit tersebut.

PayPal ada mengenakan caj tambahan, dan sukar untuk mencari pelaburan yang menerimanya. Tetapi jika anda masih betul-betul ingin menggunakannya, masih lagi terdapat beberapa pilihan.

Terus ke sentirai penuh kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pelaburan yang menyokong PayPal


Beli Bitcoin dengan Kripto yang lain

Buy bitcoin with crypto

Adalah mudah untuk menukar cryptocurrency yang lain dengan Bitcoin, kerana BTC tersenarai di hampir kesemua pelaburan cryptocurrency dengan pelbagai pasangan perdagangan.

Anda perlulah mencari pelaburan yang menyenaraikan pasangan perdagangan yang anda inginkan. Contohnya, sekiranya anda ingin memperdagangkan Ether dengan Bitcoin, anda akan mencari pelaburan yang mempunyai pasangan BTC / ETH. Setelah anda menemui pelaburan yang sesuai, anda boleh membeli Bitcoin dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Anda hanya perlu membuka akaun, dan masukkan cryptocurrency (seperti ETH) ke dalam wallet pelaburan anda. Kemudian pergi ke pasaran (seperti BTC / ETH) dan cari “Beli BTC” atau “Jual ETH” yang tertera ataupun mengikut mana-mana sahaja yang dipilih.

Masukkan jumlah yang hendak di beli atau di jual dan buat pesanan baru. Sekiranya anda mempunyai target untuk nilai tukar tertentu, anda dapat membuat pesanan yang mempunyai had yang akan dilaksanakan ketika tawaran harga pasaran berubah sehingga menjadi lebih baik. Sekiranya anda hanya mahu menukarnya dengan harga pasaran semasa, anda boleh membuat pesanan pasaran.

Bandingkan pelaburan kripto dengan kripto nutuk mencari pelaburan yang bersesuaian dengan anda.


Beli Bitcoin tanpa memberikan nama

Antara peraturan utama bagi pelaburan cryptocurrency adalah ia akan sentiasa mengesahkan identiti anda sekiranya anda membuat pertukaran di antara mata wang rata dan cryptocurrency. Oleh itu, salah satu cara yang boleh dipercayai ketika membeli Bitcoin tanpa nama adalah dengan menggunakan cryptocurrency yang lain untuk membayar pelaburan yang tidak memerlukan pengesahan pengguna. Namun, ini tidak berkesan sekiranya anda ingin menukar mata wang rata kepada cryptocurrency.

Dalam kes ini, kaedah yang paling dipercayai untuk membeli Bitcoin tanpa memberikan nama adalah membayar dengan wang tunai atau kaedah pembayaran lain yang tidak dapat dikesan, seperti kad hadiah prabayar, di dalam pelaburan kenalan (P2P).

Kaedah-kaedah lain yang tidak melibatkan pengesahan identiti, tidaklah rahsia sepenuhnya. ATM Bitcoin mempunyai syarat-syarat pematuhan yang berbeza di negara-negara yang berlainan, namun, kebiasaanya mereja akan meminta gambar penggunanya atau menunjukkan IC ke kamera di mesin.

Walaupun anda boleh menggunakan pelaburan seperti Changelly untuk membeli cryptocurrency dengan menggunakan kad kredit, tanpa melalui proses pengesahan identiti yang rasmi di dalam pelaburan, pembelian ini tidaklah rahsia. Kebiasaannya mereke dibekalkan kad Keselamatan 3D, oleh itu, pembeli masih lagi boleh dikenali.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihatlah panduan kami berkaitan cara membeli Bitcoin tanpa IC.


Beli Bitcoin di Luno

Ingin membeli Bitcoin daripada broker cryptocurrency dengan menggunakan ringgit Malaysia? Berikut adalah panduan langkah demi langkah yang menerangkan dengan jelas apakah yang perlu anda lakukan, contohnya cara menggunakan pelaburan tempatan seperti Luno.
Daftarkan akaun dengan Luno

Anda boleh mendaftar akaun Luno dengan memberikan alamat e-mel anda dan seterusnya membuat kata laluan. Sebelum anda dapat menjalankan urus niaga, anda perlu mengesahkan akaun anda dengan melakukan perkara berikut:

  • Mengesahkan alamat e-mel dan nombor telefon anda
  • Memuat naik bukti pengenalan diri (depan dan belakang) dan bukti tempat tinggal
  • Memuat naik gambar diri anda yang memegang surat penyata yang ditulis tangan dan dokumen IC

Anda juga perlu ingat untuk mengaktifkan pengesahan 2 faktor pada akaun anda sebagai keselamatan tambahan.

Go to Luno's website
Memasukkan dana ke dalam akaun anda

Melalui papan pemuka akaun Luno anda, klik butang “Deposit”. Anda akan dapat mengakses butiran yang diperlukan untuk memindahkan dana ke dalam akaun anda melalui Xfers atau pemindahan antara bank.

Membeli BTC

Klik pada butang “Beli Bitcoin”. Tentukan berapa banyak Bitcoin yang ingin dibeli atau berapa RM yang anda mahu belanjakan, kemudian luangkan masa untuk menyemak butiran penuh transaksi sebelum anda klik “Beli”

Cara memilih pelaburan Bitcoin

Terdapat beratus-ratus platform yang boleh dipilih, untuk mencari pelaburan Bitcoin terbaik dengan keperluan anda merupakan satu tugasan yang mencabar. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, terdapat beberapa faktor utama yang boleh dipertimbangkan semasa membandingkan pelaburan:

  • Di manakah tempat asal pelaburan dan bagaimanakah ia diatur. Melabur di dalam pelaburan tempatan boleh menjadi idea yang paling baik jika ada. Mata wang tempatan lebih senang untuk diterima dan ia juga menggunakan kaedah pembayaran tempatan, oleh itu cas pemindahan antarabangsa yang mahal dan juga yuran pelaburan yang mungkin ada dapat dielakkan dengan mudah ketika melakukan deposit ke dalam pelaburan luar negara. Ini juga dapat memberi anda lebih banyak jalan keluar sekiranya sesuatu yang tidak dijangka dan anda boleh dapatkan perlindungan tambahan di bawah peraturan pelaburan atau perkhidmatan kewangan tertentu dan undang-undang hak pengguna yang wujud di negara anda.
  • Keselamatan. Lihat ciri keselamatan yang ditawarkan oleh platform, seperti pengesahan 2 faktor dan emel yang mempunyai PGP-sulit. Adakah ia pernah digodam atau dikaitkan dengan mana-mana aktiviti yang mencurigakan?
  • Caj bayaran. Semak maklumat yang dicetak untuk mengetahui dengan tepat berapa kos transaksi anda. Ia bergantung dengan platform yang dipilih, yang mungkin termasuk caj perdagangan dan caj transaksi beserta caj deposit dan caj pengeluaran.
  • Had transaksi. Adakah terdapat had minimum atau maksimum bagi jumlah Bitcoin yang boleh anda beli? Adakah pelaburan menghadkan jumlah dana yang boleh dikeluarkan daripada akaun anda dalam satu transaksi atau dalam tempoh 24 jam?
  • Mata wang yang disokong. Sebagai mata wang digital terbesar di dunia dengan sedikit margin, Bitcoin boleh dibeli dan dijual di hampir kesemua platform. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memperoleh cryptocurrency yang lain dan juga Bitcoin, semak dahulu apakah jenis koin yang boleh anda beli melalui platform tersebut.
  • Sokongan pelanggan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan transaksi, adakah anda dapat menghubungi pasukan sokongan pelanggan dengan cepat dan mudah? Semak kaedah yang ada untuk menghubungi mereka dan ketahui berapakah tempoh untuk anda mendapatkan maklumbalas.
  • Reputasi. Finder mempunyai beberapa halaman ulasan pengguna dimana ia boleh membantu anda untuk mendapatkan idea yang lebih baik tentang apakah jenis pelaburan yang sering digunakan oleh pengguna lain yang sama seperti anda yang baru sahaja menceburi bidang ini.

Ketahui dengan lebih lanjut bagaimanakah caranya untuk memilih pelaburan didalam cryptocurrency mengikut panduan pelaburan kami.

Memilih pelaburan Bitcoin


Membeli pelaburan Bitcoin di Malaysia : Kebaikan dan keburukan

Terdapat banyak pilihan yang ada semasa memilih pelaburan Bitcoin, dan pengguna-pengguna di Malaysia dapat memilih platform yang berpusat di Malaysia dari rumah sahaja ataupun dari negara-negara di seluruh dunia. Oleh itu, perlukah anda membeli Bitcoin daripada pelaburan di Malaysia atau daripada platform asing? Untuk membantu anda membuat keputusan, anda boleh pertimbangkan kebaikan dan keburukan yang ada bagi pelaburan tempatan.

Kebaikan

  • Pelaburan Malaysia telah didaftarkan dan ia haruslah mematuhi peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan diwajibkan untuk membuat pelaporan.
  • Anda boleh membeli Bitcoin dengan menggunakan RM.
  • Pelaburan Malaysia menyokong kaedah pembayaran tempatan, seperti pemindahan bank secara langsung.
  • Anda boleh mendapatkan akses kepada sokongan pelanggan tempatan.
  • Anda boleh mendapat hak perlindungan pengguna yang lebih baik sekiranya berlaku kehilangan dana.

Keburukan

  • Anda perlu memberikan butiran peribadi dan bukti pengenalan diri – ini adalah keburukan bagi mereka yang ingin berniaga tanpa nama.
  • Proses pendaftaran mengambil masa lebih lama daripada platform yang tidak memerlukan pengesahan IC.
  • Terdapat beberapa platform yang lebih besar di luar negara menawarkan kecairan (liquidity) yang jauh lebih baik.
  • Terdapat beberapa perkara tidak boleh didapati di dalam pelaburan Malaysia. Contohnya, perdagangan 100x margin leverage, ciri-ciri taruhan dan altcoin yang banyak.

Tidak kira sama ada anda memilih pelaburan cryptocurrency yang berpangkalan di Malaysia mahupun di luar negara, anda hanya perlu membandingkan pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan mana-mana platform.


Risiko-risiko membeli Bitcoin

Janganlah melabur di dalam saham tanpa membuat kajian terlebih dahulu, sila pastikan anda memahami fakta penting berikut mengenai Bitcoin sebelum anda membeli:

  • Bitcoin tidak menentu. Lihatlah grafik yang memaparkan harga Bitcoin yang lalu dan anda nampak nilainya yang ada keupayaan naik dan turun dengan mendadak dalam jangka masa yang singkat. Bitcoin bukan sahaja boleh berubah-ubah tetapi, sebagai kelas aset yang baru, ia juga sangat tidak dapat diramalkan. Oleh itu, memang terdapat risiko tinggi yang berkaitan dengan pembelian Bitcoin.
  • Keselamatan adalah tanggungjawab anda. Salah satu idea utama di sebalik Bitcoin adalah dengan menolak perantara dan orang tengah daripada kewangan. Mereka melakukannya dengan cukup baik, namun pada akhirnya, anda sendiri yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Bitcoin. Sekiranya kata kunci peribadi anda hilang atau digodam, kebarangkalian untuk anda tidak menerima bantuan dan juga kemungkinan anda tidak boleh mendapatkan duit anda kembali.
  • Urus niaga Bitcoin tidak boleh dibatalkan. Setelah anda membuat transaksi di dalam rangkaian Bitcoin, transaksi tersebut tidak boleh dibatalkan. Dengan ini, pastikan anda menyemak semula alamat penerima sebelum membuat pembayaran Bitcoin.
  • Bitcoin tidak boleh tiada nama. Terdapat banyak salah anggapan bahawa semua transaksi Bitcoin tidak bernama. Perkara ini tidak berlaku kerana alamat awam anda dan perincian transaksi anda dapat dilihat oleh semua orang. Sekiranya urus niaga tanpa nama adalah ciri penting bagi anda, adalah lebih baik sekiranya anda mencari koin yang lebih berfokus kepada privasi, seperti Monero.
  • Terdapatnya implikasi cukai. Sekiranya anda memegang Bitcoin sebagai pelaburan, anda akan dikenakan cukai di atas keuntungan modal yang anda hasilkan semasa anda menjualnya dengan harga RM atau cryptocurrency yang lain. Kewajipan untuk membayar cukai juga berlaku bagi perlombongan Bitcoin, pedagang Bitcoin profesional dan juga kebanyakkan senario yang lain, oleh itu, pastikan anda mengetahui dengan mendalam apakah yang perlu anda laporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Untuk membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin dengan selamat, membuat kajian terlebih dahulu boleh membantu anda. Adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui cara bagaimana untuk mengenal penipuan, apakah perbezaan di antara kata kunci peribadi dan awam, apakah maksudnya apabila anda “fat finger” pesanan di dalam pelaburan dan sama ada ia disebut “blockchain itu” atau hanyalah “blockchain semata.” Sekiranya anda mencari tempat untuk bermula, cubalah dengan merujuk hub wang Kripto kami dengan meletakkan sebagai ‘bookmark’ di masa hadapan.
  • Peraturan. Syarat-syarat untuk Bitcoin sentiasa berubah-ubah. ‘Bull Market’ pada tahun 2021 telah menyebabkan beberapa badan-badan penyelia dan kewangan di seluruh dunia mempertimbangkan semula bagaimanakah mereka akan mengawal Bitcoin, sama ada berkaitan pembelian, cukai, atau terus mengharamkannya. Walaupun anda tinggal di negara yang menyokong penggunaan Bitcoin, adalah penting untuk memahami bagaimana negara lain mampu dan berpotensi untuk mempengaruhi mata wang tanpa sempadan ini – sama ada baik mahupun buruk

Akhirnya, perlu diingat bahawa Bitcoin bukanlah satu-satunya jenis cryptocurrency yang ada di dunia ini. Walaupun ia mungkin yang terbesar dan terkenal, namun terdapat lebih daripada 4,000 cryptocurrency yang lain yang wujud pada Februari 2021 (dan ia semakin meningkat). Walaupun nilai sebilangan duit koin ini dipersoalkan, masih terdapat banyak lagi mata wang digital lain yang patut dipertimbangkan sebagai alternatif kepada Bitcoin.

Ringkasan Bitcoin

Bitcoin merupakan mata wang digital tertua dan terbesar di dunia berdasarkan had pasaran. Ia direka pada tahun 2009 oleh seseorang yang tidak dikenali (atau sekumpulan) yang menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto, Bitcoin adalah bentuk tunai elektronik yang tidak berpusat yang direka untuk memberikan alternatif yang sesuai untuk mata wang rata tradisional.

Berbanding dengan proses transaksi yang diuruskan pihak berkuasa berpusat seperti bank, pemegang Bitcoin dapat memindahkan duit koin di antara satu sama lain secara terus melalui rangkaian kenalan (P2P). Semua transaksi Bitcoin dijejaki melalui lejar umum yang dikenali sebagai blockchain, dan mereka yang bekerja sebagai pelombong akan mengesahkan transaksi dan mengemas kini blockchain.

bitcoin

Pembekalan syiling maksimum Bitcoin hanya terhad kepada 21 juta, tetapi ada kemungkinan untuk membeli koin dalam pecahan yang sedikit – setiap duit koin individu boleh dibahagikan kepada 0.00000001 BTC. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara Bitcoin berfungsi di dalam panduan bagi novis kami yang komprehensif.

Back to top

Cara lain untuk mendapatkan Bitcoin

Mahu mendapatkan Bitcoin tanpa perlu membelinya? Ini adalah beberapa pilihan yang ada:


Cara membeli Bitcoin OTC

Sekiranya anda ingin membeli Bitcoin dalam jumlah yang besar, contohnya US $ 50,000 atau lebih, sebaiknya anda perlu berfikir dua kali sebelum melakukan perdagangan anda melalui pelaburan tradisional. Anda bukan sahaja akan terdedah kepada penyelewengan, yang mungkin meningkatkan kos perdagangan anda, malah anda juga harus mengetahui risiko digodam dan kecurian yang berkaitan dengan pelaburan tradisional.

Broker yang sedia ada (Broker over-the-counter, OTC) dapat menawarkan harga yang lebih baik, boleh meningkatkan had transaksi dan masa pemprosesan yang lebih cepat bagi peniaga dengan jumlah besar. Lihat panduan perdagangan cryptocurrency OTC untuk mengetahui bagaimanakah cara untuk membeli OTC serta faedah dan risiko yang harus anda ketahui.


Langkah seterusnya

Sekiranya anda ingin membeli Bitcoin, mulakan dengan membuat perbandingan diantara pelbagai broker dan pelaburan cryptocurrency. Lihat ciri-ciri, caj, jenis keselamatan dan reputasi keseluruhan yang ada untuk menentukan platform mana bersesuaian untuk anda.

Seterusnya anda boleh mendaftar akaun dan bersedia untuk memulakan perdagangan. Walaupun begitu, pastikan anda mengkaji pembelian anda dengan teliti dan menyedari kesemua jenis risiko yang akan timbul sebelum anda membeli.

Bandingkan pelaburan Bitcoin

FAQs

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

Icons made by various artists on www.flaticon.com

Pendedahan: Pada masa penulisan penulis mempunyai ADA, ICX, IOTA dan XLM

More guides on Finder

Ask an Expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder.com provides guides and information on a range of products and services. Because our content is not financial advice, we suggest talking with a professional before you make any decision.

By submitting your comment or question, you agree to our Privacy Policy and Terms.

Questions and responses on finder.com are not provided, paid for or otherwise endorsed by any bank or brand. These banks and brands are not responsible for ensuring that comments are answered or accurate.
Go to site