GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Cara membeli cryptocurrency dengan kad kredit

Panduan langkah demi langkah untuk anda membeli Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency dengan kad kredit atau debit.

Pembelian Bitcoin dengan kad kredit bukan sahaja satu cara mudah dan senang untuk membeli cryptocurrency, namun tiada lagi yang lebih mudah daripadanya.

Tetapi bagaimana dan di mana boleh anda membeli crypto dengan kad kredit atau debit, dan adakah terdapat perangkap-perangkap yang harus dielakkan? Teruskan membaca untuk mengeHanya terdapat sebilangan kecil petahuinya.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Dimanakah tempat untuk membeli cryptocurrency dengan kad kredit / debit di Malaysia

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Pertukaran Cryptocurrency KuCoin
Cryptocurrency, PayPal, Wire transfer, SEPA, Kredit atau Debit kad
USD, EUR, GBP, RUB, CNY, AUD, KRW, JPY, TRY, VND & 40+ more

494
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Daftar dan gunakan kod 1xf56 untuk mendapatkan faedah-faedah VIP selama sebulan. Deposit/hantarkan lebih daripada 0.1BTC ke KuCoin dalam masa 7 hari pendaftaran untuk mendapatkan faedah-faedah bagi VIP 2. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bittrex Global
Bittrex Global
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pemindahan bank, Cryptocurrency, Payoneer, Kredit atau Debit kad, Wang Tunai
DZD, XCD, ARS, AMD, AWG, AUD, AZN, BSD, BHD, BDT & 140+ more

3
cryptocurrencies

Hubungkan para pembeli dan para penjual bitcoin melalui pasaran kenalan (peer-to-peer) yang menerima tunai, kredit dan lebih daripada 300 jenis pembayaran yang lain.
loading

Compare up to 4 providers

Platform apakah yang boleh saya gunakan untuk membeli crypto dengan kad kredit?

Terdapat jenis perkhidmatan-perkhidmatan yang membolehkan pembelian crypto dengan kad kredit. Setiap pilihan melibatkan pendekatan yang tidak banyak bezanya dan ia mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekurangan-kekurangannya yang tersendiri.

Mesti baca: Penyimpanan crypto anda

Beberapa broker-broker dan pertukaran-pertukaran kripto akan memasukkan crypto yang di beli ke dalam walet yang dihubungkan ke platform mereka dengan kadar segera. Manakala yang lain akan memindahkan crypto anda ke alamat walet pilihan anda secara automatik, jadi anda perlulah terlebih dahulu menyediakan walet peribadi yang selamat.

Apa sahaja pilihan yang digunakan oleh platform, ingatlah bahawa menyimpan duit koin anda di dalam pertukaran adalah tidak digalakkan di atas alasan keselamatan, oleh itu, pindahkannya ke dalam walet anda dengan secepat mungkin sekiranya anda tiada perancangan untuk membuat perdagangan-perdagangan biasa.

Ketahui dengan lebih lanjut berkaitan pemilihan dan penggunaan walet cryptocurrency.

Berapakah kosnya?

Walaupun membeli crypto dengan kad kredit atau debit secara umumnya adalah cepat dan mudah, namun, ia juga boleh menjadi agak mahal. Ini kerana terdapat beberapa bayaran-bayaran yang dapat meningkatkan kos transaksi anda, bukan sahaja daripada broker crypto tetapi juga daripada pengeluar kad anda. Bayaran ini boleh merangkumi:

  • Bayaran pendahuluan tunai. Banyak pengeluar-pengeluar kad menganggap pembelian cryptocurrency sebagai pendahuluan tunai. Ini bermaksud pembelian anda akan dikenakan bayaran pendahuluan tunai dan juga akan menarik kadar faedah yang lebih tinggi daripada pembelian biasa.
  • Bayaran pertukaran / broker. Platform yang anda gunakan untuk membeli Bitcoin atau crypto lain akan dikenakan caj transaksi sendiri. Ini akan cenderung di antara 4-6%, tetapi lebih tinggi di dalam beberapa kes.
  • Bayaran tambahan kad kredit. Anda juga mungkin diminta untuk membayar caj tambahan kad kredit di atas semua caj-caj dan komisen lain yang dikenakan, dimana ia terdapat dalam beberapa platform-platform yang boleh menyebabkan komisen keseluruhan adalah 9 ataupun 10%.
  • Bayaran pertukaran mata wang. Sekiranya anda menggunakan kad kredit Malaysia di pertukaran luar negara, anda mungkin akan membayar kadar-kadar pertukaran mata wang kad kredit. 0% caj bagi pertukaran wang asing untuk kad kredit mungkin berbaloi untuk mengurangkan kos

Kebaikan dan keburukannya

Kebaikan

  • Cepat dan mudah
  • Sebilangan besar platform membolehkan pembelian dengan kad kredit adalah sangat mesra pengguna
  • Cara pantas untuk membeli Bitcoin dan mata-mata wang yang lain
  • Beli crypto secara langsung dengan MYR
  • Sesuai untuk novis

Keburukan

  • Bayaran-bayaran yang tinggi menjadikan pembelian dengan kad kredit menjadi satu pilihan yang mahal
  • Had-had transaksi berkemungkinan ada mengehadkan jumlah crypto yang boleh dibeli
  • Pembelian-pembelian dengan kad kredit hanya ada untuk crypto-crypto yang paling popular
  • Bukan satu pilihan yang baik jika anda ingin berdagang tanpa nama

Bagaimanakah cara memilih platform yang betul

Ingin membeli crypto dengan kad kredit atau kad debit anda tetapi tidak tahu broker atau pertukaran mana yang boleh digunakan? Ingatlah untuk mengambil kira faktor-faktor berikut semasa membandingkan pilihan-pilihan yang ada:

  • Dipercayai dan selamat. Di antara yang lain, anda ingin memastikan anda berurusan dengan penyedia yang dipercayai dan selamat. Cuba cari siapakah yang berada di belakang pertukaran, bagaimanakah ia diatur dan apakah ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan. Untuk maklumat lebih lanjut, lihat bahagian yang bertajuk: “Adakah selamat membeli crypto dengan kad kredit?” ia berada di bahagian hujung halaman.
  • Kos. Kemudahan membeli crypto dengan kad kredit / debit mempunyai caj tertentu, jadi luangkan sedikit masa untuk membandingkan yuran yang dikenakan oleh platform-platform yang berbeza sebelum memilihnya. Perlu diingatkan bahawa beberapa platform mempunyai struktur yuran berjenjang, jadi peratusan caj dapat diturunkan sekiranya anda melakukan pembelian yang lebih besar.
  • Mata wang yang disokong. Platform ata wang crypto yang manakah membolehkan anda membeli dengan menggunakan kad kredit anda? Bitcoin dan Ethereum adalah dua mata wang digital yang paling banyak didapati, tetapi beberapa platform-platform juga membolehkan anda membeli sejumlah koin-koin yang lain. Jangan lupa juga untuk memeriksa sama ada perkhidmatan itu menerima MYR, atau adakah ia hanya menerima pembayaran dalam mata wang asing.
  • Kad yang disokong. Adakah platform menerima semua kad utama atau adakah Amex akan ditolak? Adakah anda juga mempunyai pilihan untuk membayar dengan kad debit jika anda mahu, atau adakah ia hanya menerima kad kredit?
  • Negara yang disokong. Adakah perkhidmatan ini menerima pelanggan Malaysia?
  • Penggunaan yang mudah. Seberapa mudahkah platform ini digunakan? Adakah proses pembelian yang kelihatan sederhana dan mudah ini adalah dari awal hingga akhir, atau adakah platform ini mempunyai ciri yang meragukan atau mempunyai interface pengguna yang rumit?
  • Kepercayaan masyarakat. Apakah reputasi yang dimiliki oleh broker? Anda biasanya dapat memperoleh idea yang lebih tepat berkaitan reputasi platform dengan melihat forum di atas talian dan ulasan pengguna bebas.
  • Proses pengesahan dan pendaftaran. Apa jenis butiran peribadi dan ID yang perlu diberikan sebelum anda dapat membuat pembelian? Berapa lamakah proses pengesahan berjalan? Bolehkah anda membuat pembelian di bawah had yang ditentukan tanpa perlu mengesahkan ID anda?
  • Had transaksi. Berapakah jumlah minimum dan maksimum yang dapat dibelanjakan dalam satu transaksi? Adakah terdapat sekatan-sekatan lain yang dikenakan, seperti had pembelian harian atau bulanan?
  • Masa pemprosesan. Berapakah masa yang diperlukan untuk crypto yang dibeli tiba di dalam walet anda? Adakah dana akan dihantar terus ke walet crypto peribadi anda, atau adakah dana tersebut akan disimpan di walet di pertukaran sehingga anda memindahkannya secara manual ke dalam simpanan peribadi?
  • Perkhidmatan menjual. Adakah pertukaran juga membolehkan anda menjual cryptocurrency anda, atau adakah itu hanya perkhidmatan untuk beli? Sekiranya anda dapat menjual crypto, adalah wajar untuk menyemak apakah kaedah-kaedah pengeluaran fiat yang disokong dan apakah bayaran-bayaran dikenakan.
  • Sokongan pelanggan. Akhirnya, semak bilakah masa pasukan sokongan pelanggan daripada penyedia ada dan bagaimanakah anda boleh menghubungi mereka. Adakah mereka memiliki reputasi yang baik untuk memberikan sokongan segera dan bermanfaat?

Bandingkan pertukaran-pertukaran yang menerima penggunaan kad


Adakah selamat untuk membeli crypto dengan kad kredit atau kad debit?

Secara amnya, ia adalah sangat selamat untuk membeli cryptocurrency dengan kad kredit – dengan syarat anda membelinya melalui pertukaran atau broker yang dipercayai dan bereputasi tinggi.

Pastikan anda meneliti kelayakan mana-mana platform sebelum mempercayainya dengan memasukkan maklumat kad anda, kerana sekiranya anda tidak merasa selesa untuk memberikan maklumat-maklumat kad kredit anda kepada penyedia, anda juga tidak perlu berasa selesa untuk membeli cryptocurrency daripada mereka.

Oleh itu, bagaimanakah anda dapat mencari pertukaran yang sesuai dan meminimumkan risiko-risiko yang terlibat dalam membayar crypto dengan plastik? Tip-tip di bawah ini bukan sahaja dapat membantu anda menjaga keselamatan tetapi juga mengelakkan diri daripada ditipu.

  • Periksa sama ada ia selamat. Pastikan alamat web platform bermula dengan “https: //” yang bermaksud bahawa semua komunikasi-komunikasi diantara browser dan laman web anda dienkripsi. Adalah lebih wajar untuk periksa semula bahawa URL adalah betul dan anda tidak dihantar tanpa sedar mengunjungi laman web penipuan yang direka untuk kelihatan seperti perkara sebenar.
  • Periksa ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan. Apakah ciri-ciri lain yang ditawarkan oleh platform untuk melindungi dana-dana anda? Sebagai contoh, adakah ia menyokong pengesahan 2 faktor? Adakah dana-dana pelanggan disimpan di luar talian? Adakah penyedia akan menyimpan maklumat-maklumat kad kredit anda di kesemua tempat di dalam laman web atau pelayannya?
  • Periksa lokasi asal pertukaran. Cari di manakah tempat asal platform pertukaran untuk mengetahui dengan lebih baik, bagaimanakah ia diatur dan apakah langkah-langkah untuk melindungi anda daripada penipuan. Sebagai contoh, pertukaran-pertukaran mata wang digital Malaysia mesti didaftarkan dengan BNM, mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang selari dengan peraturan anti pencucian wang dan pembiayaan kontra-keganasan (AML / CTF), dan melaporkan transaksi yang mencurigakan atau yang melebihi ambang tertentu kepada BNM.
  • Baca ulasan. Lihat ulasan pengguna bebas dan layari forum di atas talian untuk mengetahui jenis pengalaman yang dimiliki pengguna lain dengan platform ini. Adakah ia memberikan perkhidmatan yang dijanjikan? Adakah mereka akan mengesyorkannya kepada rakan dan keluarga?
  • Periksa kadar pertukaran. Lihat bagaimanakah kadar pertukaran yang dapat dibandingkan dengan kadar semasa pasaran BTC / MYR. Ini akan membantu anda mengira berapakah kos transaksi anda.
  • Periksa kadar faedah anda. Sebilangan besar penerbit-penerbit kad akan mengklasifikasikan pembelian crypto sebagai pendahuluan tunai, yang bermaksud kadar faedah lebih tinggi daripada biasa dikenakan. Untuk mengelakkan diri daripada memikirnya dengan lebih banyak lagi, pastikan anda sedar berapa banyak faedah yang akan anda perolehi jika anda tidak melunaskan pembelian dengan cepat.
  • Ketahui risiko-risiko membeli crypto. Anda mungkin pernah mendengar dan membaca mengenai ketidakstabilan Bitcoin dan crypto lain, tetapi jangan menganggap bahawa duit koin yang akan anda beli akan bertambah nilainya untuk menampung kos pembelian anda. Sebenarnya, jangan sekali-kali menganggap wang koin anda akan meningkat sama sekali – mata wang digital adalah aset yang rumit dan spekulatif, dan ada kemungkinan anda kehilangan wang anda.

Apakah yang seterusnya?

Sekiranya anda ingin membeli Bitcoin atau crypto yang lain dengan kad kredit atau kad debit, anda boleh mula untuk membandingkan caj-caj dan ciri-ciri broker dan pertukaran-pertukaran yang menawarkan perkhidmatan ini. Setelah anda menemui platform yang sesuai untuk anda, lawati laman webnya dan ikuti arahan untuk bermula.

Bandingkan pertukaran-pertukaran yang menerima penggunaan kad

Soalan-soalan lazim

Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

Pendedahan: Pada masa penulisan penulis memegang ADA, ICX, IOTA dan XLM.

More guides on Finder

Ask an Expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder.com provides guides and information on a range of products and services. Because our content is not financial advice, we suggest talking with a professional before you make any decision.

By submitting your comment or question, you agree to our Privacy Policy and Terms.

Questions and responses on finder.com are not provided, paid for or otherwise endorsed by any bank or brand. These banks and brands are not responsible for ensuring that comments are answered or accurate.
Go to site