GoBear is now part of Finder

Finder is committed to editorial independence. While we receive compensation when you click links to partners, they do not influence our content.

Cara menjual Ethereum (ETH)

Cara-cara langkah demi langkah bagaimanakah untuk menjual Ether kepada MYR atau cryptocurrency.

Sama ada anda membeli Ether (ETH) di dalam pertukaran atau memperoleh ETH daripada perlombongan, mungkin telah tiba masanya untuk anda menjual sebahagian atau kesemua pegangan anda. Oleh kerana Ethereum merupakah salah satu mata wang digital terbesar di dunia, menjual ETH adalah mudah, dan dapat ditukar dengan cepat kepada ringgit Malaysia (MYR) atau digunakan untuk membeli cryptocurrency lain seperti Bitcoin atau USDT (Tether).

Panduan langkah demi langkah untuk menjual Ethereum

Terdapat dua pilihan yang ada untuk menjual Ethereum:

  • Menjual ETH kepada mata wang fiat, seperti MYR
  • Menjual ETH kepada cryptocurrency lain, misalnya Bitcoin (BTC) atau XRP (XRP)

Menjual token Ethereum anda untuk mata wang fiat kebiasaannya adalah lebih cepat dan lebih mudah diantara pilihan-pilihan ini, terutamanya jika anda bukan seorang pedagang yang berpengalaman. Walaupun begitu, anda boleh mendapatkan petunjuk langkah demi langkah yang mudah di bawah ini, untuk menjual ETH kepada fiat atau cryptocurrency.

Penafian: Maklumat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda sokongan kepada cryptocurrency atau mana-mana penyedia perkhidmatan, perkhidmatan atau penawaran berkaitan. Ini juga bukan cadangan untuk menjalankan jual beli.

Dimanakah tempat untuk menjual Ethereum di Malaysia

Name Product Deposit methods Fiat Currencies Cryptocurrencies
Pertukaran cryptocurrency Gate.io
Cryptocurrency
USD, EUR, GBP, HKD, SGD, AUD, CHF, MXN

870
cryptocurrencies

Eksklusif di Finder: Pengguna-pengguna baru akan menerima mata asas daripada Gate.IO yang bernilai $90 dan $5 airdrop dalam GateTokens sekiranya jumlah dagangan melebihi $100 dalam minggu pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Satu pertukaran yang kaya dengan ciri-ciri dengan lebih daripada 700 token-token termasuk terbitan-terbitannya, hasil tanaman dan produk-produk pinjaman.
Aplikasi Crypto.com
Aplikasi Crypto.com
Cryptocurrency, SEPA, Kredit kad, Wayar Bank
USD, AUD, CAD, CHF, EUR, GBP, NZD, SGD, JPY, ZAR & 9+ more

156
cryptocurrencies

Beli lebih daripada 100+ cryptocurrency, anda boleh dapatkan hampir 14.5% daripada pegangan-pegangan anda, bayar dengan crypto untuk dapatkan cashback di kedai-kedai, dapatkan loan-loan dan banyak lagi dengan menggunakan platform kewangan crypto ini.
Pertukaran cryptocurrency FTX
Pertukaran cryptocurrency FTX
Silvergate Exchange Network (SEN), Signature SIGNET, Kredit kad, Wayar Bank
USD,EUR,GBP,AUD,HKD,SGD,TRY,ZAR,CAD,CHF,BRL

72
cryptocurrencies

Daftar melalui Finder untuk mendapatkan diskaun 5% didalam kesemua yuran-yuran perdagangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
FTX merupakan pertukaran yang dibina oleh pedagang untuk pedagang-pedagang, yang mempunyai pelbagai terbitan dalam pasaran-pasara seperti pilihan-pilihan dan masa depan dengan manfaatnya yang mendalam, ditambah pula dengan piawaian dalam pasaran-pasaran setempat. Nota: Tidak ada untuk pelanggan-pelangan AS.
Bittrex Global
Bittrex Global
Cryptocurrency, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad
USD

283
cryptocurrencies

Beli daripada salah satu pertukaran cryptocurrency yang terbesar dengan pilihan lebih daripada 190+ mata wang kripto dan pasangan 3 USD.
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Pertukaran Cryptocurrency AAX
Alipay, Bank transfer, Cash, Neteller, PayPal, Qiwi, SWIFT, WeChat, Western Union, UPI, IMPS, Paytm, Faster Payments (FPS), PayNow, Swish, Payme
AUD, CAD, CNH, CHF, EUR, GBP, HKD, NZD, SGD, USD

110
cryptocurrencies

Membuat transaksi-transaksi yang pantas termasuklah perdagangan spot, masa hadapan dan P2P dengan pertukaran cryptocurrency ini.
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pertukaran Cryptocurrency OKEx
Pemindahan bank, Cryptocurrency, iDEAL, PayPal, POLi, SEPA, Faster Payments (FPS)
USD, CNY, EUR, ARS, AUD, BGN, BRL, CAD, CHF, COP & 20+ more

281
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan US$10 dalam BTC apabila anda memperkenalkan kepada rakan anda dan mereka membeli $100 cryptocurrency. Tertakluk dengan terma dan syarat.
Senarai lebih daripada 100 cryptocurrency, OKEx menawarkan pengguna-pengguna variasi cara-cara pembayaran dan duit-duit koin yang boleh dipilih.
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Pasaran P2P Cryptocurrency Paxful
Cryptocurrency, Payoneer, Pemindahan bank, Kredit atau Debit kad, Wang Tunai
DZD, XCD, ARS, AMD, AWG, AUD, AZN, BSD, BHD, BDT & 140+ more

3
cryptocurrencies

Hubungkan para pembeli dan para penjual bitcoin melalui pasaran kenalan (peer-to-peer) yang menerima tunai, kredit dan lebih daripada 300 jenis pembayaran yang lain.
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Pertukaran Cryptocurrency Paybis
Cryptocurrency, Neteller, Skrill, Apple Pay, Pemindahan bank, Kredit kad
EUR, GBP, USD, AUD, CAD, PHP, SGD, CHF, HKD, JPY & 30+ more

32
cryptocurrencies

Beli Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency yang popular dengan menggunakan kad kredit atau kad debit di dalam penukaran crptocurrency digital ini.
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Pertukaran Cryptocurrency StormGain
Cryptocurrency
USD, EUR, AUD, CHF, CZK, DKK, GBP, HUF & 5+ more

23
cryptocurrencies

Matlamat Stormgain adalah untuk memudahkan penukaran criptocurrency, dan juga membolehkan anda membeli crypto dengan fiat melalui Simplex.
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
Pertukaran Cairan Cyrytocurrency dan Margin Perdagangan
SEPA, Pemindahan bank
USD, JPY, EUR, SGD, AUD, HKD

125
cryptocurrencies

Promosi: Dapatkan potongan 10% daripada caj perdagangan. Tertakluk dengan terma dan syarat..
Penafian:Pelaburan produk yang sangat tidak menentu. Kapital anda mempunyai risiko.
Cairan ada bersatu, daripada sumber perdagangan global yang mana menghubungkan dunia fiat dan crypto.
loading

Compare up to 4 providers

Menjual ETH kepada mata wang fiat

Langkah 1. Daftar di dalam pelaburan yang menyenaraikan ETH bersama MYR

Sekiranya anda merancang untuk menjual token ETH anda di dalam pertukaran yang sama di mana anda membelinya, teruskan ke langkah 2.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan pertukaran yang sama, anda perlu mencari pertukaran yang ada menyenaraikan ETH di dalam pasangan perdagangan dengan mata wang fiat yang ingin anda perolehi. Kaji dan bandingkan ciri-ciri bandingkan ciri-ciri pelbagai pertukaran crypto yang manakah sesuai untuk keperluan anda.

Anda kemudian boleh mendaftar untuk mendapatkan akaun dengan memberikan alamat e-mel anda dan membuat kata laluan, terdapat beberapa pertukaran-pertukaran yang memerlukan butiran-butiran peribadi lengkap dan bukti ID anda untuk memenuhi peraturan Ketahui Pelanggan Anda dan Anti Penggubahan Wang Haram (KYC / AML).

Jangan lupa untuk mengaktifkan pengesahan 2 faktor pada akaun anda sebelum meneruskan dengan lebih lanjut.

Langkah 2. Masukkan ETH ke dalam akaun anda

Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah dengan memindahkan pegangan ETH anda ke dalam walet pertukaran. Untuk melakukannya, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda. Cari alamat walet yang relevan untuk token Ethereum, dan kemudian gunakan alamat itu semasa memindahkan token daripada walet luaran anda.

Contohnya, sekiranya anda menggunakan Luno, anda boleh melakukannya dengan mengklik “Walet” di bahagian atas skrin dan mencari ETH. Klik “Terima” dan anda akan diberikan alamat bagi tempat untuk anda memindahkan ETH.

Langkah 3. Jual ETH

Setelah token-token ETH masuk ke dalam walet pertukaran anda, anda perlu menavigasi ke halaman perdagangan dan mencari pasangan mata wang yang anda inginkan, seperti ETH / MYR. Anda kemudian boleh memasukkan jumlah ETH yang ingin di jual untuk membuat pesanan anda.

Sebagai contoh, di Luno anda boleh mengklik butang “Jual” dan memilih Ethereum di dalam senarai duit koin. Klik jumlah ETH yang ingin anda jual pada ruangan yang disediakan dan kemudian klik “Jual”.

Tidak kira diantara mana-mana pertukaran yang anda gunakan, pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk menyemak butiran-butiran penuh transaksi sebelum menghantarnya.

Langkah 4. Pengeluaran dalam MYR

Langkah terakhir adalah untuk membuat pengeluaran mata wang fiat yang telah anda peroleh dan memasukkannya ke dalam akaun bank yang telah dipautkan dengan anda. Ianya agak mudah dilakukan daripada akaun pertukaran anda, tetapi pastikan anda tahu berkaitan caj-caj bayaran atau had-had yang akan dikenakan untuk transaksi tersebut.

Sebagai contoh, pengguna Luno dapat mengklik pada pautan “Pengeluaran MYR” daripada dashboard akaun anda untuk memulakan proses pengeluaran.

Menjual ETH untuk cryptocurrency

Sekiranya anda ingin menukar token ETH anda dengan mata wang digital yang lain, ini adalah perkara-perkara yang perlu anda lakukan:

Langkah 1. Daftar di pertukaran yang menyenaraikan ETH

Sekiranya anda merancang untuk menjual token ETH anda di pertukaran yang sama di mana anda membelinya, teruskan ke langkah 2.

Sekiranya anda perlu menggunakan pertukaran baharu untuk menyelesaikan transaksi anda, anda perlu membandingkan ciri-ciri pelbagai pertukaran crypto sebelum membuat keputusan untuk memilih salah satu yang sesuai dengan keperluan anda. Satu berita baik adalah Ethereum merupakan cryptocurrency kedua terbesar di dunia, dimana ia diperdagangkan secara meluas di dalam pelbagai pertukaran.

Setelah anda memilih sebuah pertukaran, daftarlah ke akaun dengan memberikan alamat e-mel anda dan membuat kata laluan. Terdapat beberapa platform yang akan meminta maklumat-maklumat peribadi lengkap anda dan borang beserta gambar ID yang sah sesuai dengan keperluan Kenali Pelanggan Anda dan Anti Pengubahan Wang Haram (KYC / AML).

Pastikan anda telah mengaktifkan pengesahan 2 faktor pada akaun anda sebelum memasukkan sebarang dana.

Langkah 2. Deposit ETH ke dalam akaun anda

Kini tiba masanya untuk memindahkan token ETH yang ingin dijual ke dalam walet pertukaran anda. Untuk melakukannya, anda perlu mengetahui alamat ETH walet pertukaran anda dan kemudian menggunakannya untuk memindahkan token dari dalam walet tempat anda menyimpannya.

Contohnya, sekiranya anda menjual ETH di Binance, anda perlu memilih “Deposit” dari menu drop-down “Dana”. Anda kemudian boleh memilih ETH sebagai mata wang deposit anda dan menyalin alamat walet berkenaan atau mengimbas kod QR.

Langkah 3. Jual ETH

Setelah token ETH tiba di dalam walet pertukaran anda, anda boleh mengklik ke bahagian perdagangan platform pilihan anda. Selepas itu, anda perlu mencari pasangan yang ingin anda jual, seperti ETH / BTC, dan kemudian memasukkan berapa ETH yang ingin dijual atau berapa banyak BTC yang anda ingin beli.

Sebagai contoh, pengguna Binance boleh mengklik “Exchange” (pertukaran) dan memilih paparan perdagangan “Basic” atau “Advanced” (mahir). Cari pasangan yang ingin anda jual pada kotak yang disediakan di sebelah kanan skrin dan pilih jenis pesanan yang ingin anda buat. Anda kemudian boleh memasukkan jumlah ETH yang ingin dijual dan klik pada “Jual ETH”.

Pastikan anda meluangkan masa untuk menyemak butiran-butiran penuh transaksi anda sebelum menyelesaikan penjualan.

Langkah 4. Pindahkan mata wang digital baru anda ke dalam walet yang selamat

Apabila anda telah memperoleh mata wang digital yang baru, ingat bahawa menyimpan duit koin atau token anda di dalam pelaburan untuk jangka masa panjang adalah tidak digalakkan. Untuk meningkatkan keselamatan, satu idea yang baik adalah untuk memindahkan token tersebut ke dalam walet peribadi yang membolehkan anda mengekalkan kawalan kunci peribadi anda.

Sebagai contoh, di Binance anda boleh memindahkan dana dari pertukaran dengan mengklik pada pautan “Pengeluaran” dari menu lungsur “Dana”. Anda kemudiannya boleh memilih duit koin atau token yang ingin anda pindahkan daripada akaun anda dan masukkan jumlah dan alamat pengeluaran.

Lihat panduan walet cryptocurrency kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Apakah yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda merancang untuk menjual Ethereum

Sebelum anda menjual token-token ETH anda, ingat bahawa setiap perdagangan cryptocurrency mempunyai tahap risiko tertentu. Cryptocurrency adalah aset yang tidak menentu dan rumit, jadi penting untuk melakukan penyelidikan anda sebelum menjual sebarang syiling atau token.

Sekiranya anda berfikir untuk menjual ETH, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah:

  • Caj perdagangan. Bandingkan yuran perdagangan di pelbagai pertukaran untuk mengetahui berapakah kos untuk menjual ETH anda. Semak untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dalam caj bayaran bagi pembuat (maker) pasaran dan pengambil (taker) pasaran, atau sama ada bayaran bagi mereka adalah sama. Ia mungkin akan menjadi sangat tinggi jika menggunakan pertukaran yang terdesentralisasi, bergantung dengan harga gas Ethereum pada masa tersebut.
  • Caj bayaran dan kaedah pengeluaran. Semasa memilih platform, jangan lupa tentang caj bayaran yang dikenakan untuk mengeluarkan dana-dana daripada akaun pertukaran anda. Ia merupakan satu idea yang baik untuk menyemak kaedah-kaedah pengeluaran yang ada dan berapa lamakah masa yang diperlukan bagi transaksi anda untuk diselesaikan.
  • Had transaksi. Adakah pertukaran dikenakan had minimum atau maksimum pada seberapa banyak had-had ETH yang boleh dijual? Adakah terdapat had per transaksi atau had-had pengeluaran harian yang perlu anda fikirkan?
  • Jenis platform yang digunakan. Adakah anda akan menggunakan pertukaran terpusat (yang mudah digunakan) atau pertukaran terdesentralisasi (bagi pengguna mahir)? Adakah anda perlu meletakkan dana-dana anda kepada pihak ketiga, seperti pengendali pertukaran, atau bolehkah anda berdagang dalam tetapan P2P yang membolehkan anda berhubung terus dengan pengguna lain yang ingin membeli ETH?
  • Pengesahan ID diperlukan. Pertimbangkan maklumat-maklumat peribadi dan ID yang perlu diberikan bagi menjual ETH di mana-mana pertukaran, dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menjadi ahli yang disahkan. Beberapa platform tidak memerlukan pengesahan, ini sangat berguna bagi mereka yang mementingkan privasi mereka, manakala yang lain mempunyai proses pendaftaran yang ketat dan anda mungkin perlu menunggu sementara akaun anda disahkan.
  • Sokongan pelanggan. Jangan lupa untuk menyemak bagaimanakah cara bagi anda dapat menghubungi pasukan sokongan pelanggan pertukaran dan teliti sama ada mereka mempunyai reputasi yang baik untuk bertindak balas dengan cepat terhadap permintaan bantuan. Ini akan memastikan bahawa anda boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan sekiranya dana-dana anda lambat tiba atau ada yang bermasalah dengan urus niaga anda.
Penafian: Cryptocurrency adalah bersifat spekulatif, kompleks dan melibatkan risiko yang besar - ia sangat mudah berubah dan sensitif terhadap aktiviti sekunder. Prestasinya tidak dapat diramalkan dan prestasi masa lalu tidak dapat menjamin prestasi masa hadapan. Pertimbangan keadaan bergantung pada diri anda sendiri, dan dapatkan nasihat sendiri, sebelum bergantung kepada maklumat ini. Anda juga harus mengesahkan sifat produk atau perkhidmatan apa pun (termasuk status undang-undang dan keperluan peraturan yang relevan) dan berunding dengan laman web Pengawal selia yang relevan sebelum membuat keputusan. Finder, atau pengarang, mungkin mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang dibincangkan.

Pendedahan: Pada masa penulisan ini penulis memegang ADA, ICX, IOTA dan XLM.

More guides on Finder

Ask an Expert

You are about to post a question on finder.com:

  • Do not enter personal information (eg. surname, phone number, bank details) as your question will be made public
  • finder.com is a financial comparison and information service, not a bank or product provider
  • We cannot provide you with personal advice or recommendations
  • Your answer might already be waiting – check previous questions below to see if yours has already been asked

Finder.com provides guides and information on a range of products and services. Because our content is not financial advice, we suggest talking with a professional before you make any decision.

By submitting your comment or question, you agree to our Privacy Policy and Terms.

Questions and responses on finder.com are not provided, paid for or otherwise endorsed by any bank or brand. These banks and brands are not responsible for ensuring that comments are answered or accurate.
Go to site